Geng Bas Sekolah

May 26, 2012

Hj Hadi Takut Dengan Karpal Singh


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan menyanggah hasrat Karpal Singh yang akan berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau menyifatkan kenyataan itu sekadar pandangan peribadi Karpal dan menegaskan Pas menyerahkan kepada ketetapan dalam resolusi pakatan pembangkang berhubung perkara itu.

Namun pada masa sama, jelas beliau, Pas akan sentiasa mematuhi Perlembagaan negara yang antara lain menyebut Islam sebagai agama rasmi serta raja berperlembagaan.

"Itu pandangan beliau (Karpal), Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Mujahidin di Kampung Bukit Gasing, Seberang Marang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas ketegasan Karpal untuk terus berjuang bagi memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurut Karpal, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon paling layak sebagai Perdana Menteri, beliau secara peribadi menganggap tiada ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang calon bukan Melayu.


Haji Hadi ini dulu cukup berani. Berani mengeluarkan Amanat Negara Islam sehingga ada orang mati disebabkan taksub dengan amanat dia ni. Tapi rupanya keberanian Hj Hadi ni tak kemana. Dia sendiri takut mati mempertahankan amanat yang dibuatnya sendiri. Orang lain yang mati, dia hidup lagi sampai sekarang last last boleh pulak cakap negara islam tak wujud dalam Al Quran. Kesian orang yang mati tu tadi. Oklah itu satu hal.

Bila si kafir Karpal cakap tak ada negara islam, Hj Hadi ni senyap menikus. Langsung tak berbunyi. Dan sekarang si karpal pun ulang cakap yang PM Malaysia nanti orang kafir yang pegang, Itu Hj Hadipun tak berani nak bantah. Siap dia boleh cakap Pas akan ikut resolusi Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) yang telah dipersetujui rakan-rakan parti lain dan itu merupakan keputusan parti.

Kalau resolusi Pakatan kata PAS diharamkan atau PAS tidak diberi peranan dalam kerajaan, apa Hj Hadi nak cakap? Menanggis keluar air mata darahpun dah tak ada guna lah. Penakut rupanya Hj Hadi ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: