Geng Bas Sekolah

May 27, 2012

Himpunan Jutaan Belia Diboikot Belia Selangor


Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012. Tarikhnya Sabtu. Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.

Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia. Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya. Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.


Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.Sebab apa? Mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.


Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang. Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan. Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang. Dalam erti kata lain, rugi besar.


Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'RAKYAT' sentiasa menyokong mereka. - AD


Sekarang baru mereka sedar yang anak muda memang anti PR. Lepas ni jangan perasanlah nak guna slogan anak muda tolak UMNO atau anak muda sokong PR. Anak muda memang sah BENCI SANGAT pada PR. Kalau ada yang sokong pun itu cuma anak puak PAS je. Anak orang lain memang tolak habis habisan PR ni. Berangan je lebih puak ni hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

FUYIAOOOO RAMAINYEEE BELIA DTG SAMPAI X CUKUP KERUSI SEYHHH..TP APSAL PLAK SI ADAM TU MCM BUDAK TONGONG JEK KAT ATAS PENTAS TU KEHKEHKEH