Geng Bas Sekolah

May 14, 2012

Dewan Pemuda Pas Menanggis Takutkan Karpal Singh


Dewan Pemuda Pas membidas sikap Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan melaksanakan undang-undang hudud jika semua syarat lengkap apabila berkuasa kelak.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, Karpal tidak wajar menyatakan pandangannya secara terbuka terhadap Presiden Pas.

"Sebagai Presiden Pas, beliau berhak mengeluarkan kenyataan berhubung dasar perjuangan Pas."Sebagai pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat (PR) pula, Presiden Pas berhak mengeluarkan kenyataan tersebut kerana ia tidak bercanggah dengan prinsip dalam PR," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Minggu lalu, Karpal menggesa Abdul Hadi berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak PR.Karpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika PR memerintah.Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.


Kesian puak PAS ni. Kena hambat dengan DAP siang malam. Sampai tak senang hidup dorang. Inilah padahnya sebab berkawan dengan DAP. Nak bercakap pun kena minta izin dengan DAP dulu. Kalau tersilap cakap, memang kena cili lah mulut tu hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: