Geng Bas Sekolah

May 14, 2012

Dewan Pemuda PAS P.Pinang Kecewa Lim Guan Eng Dimalukan


Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengecam tindakan PERKASA mengadakan upacara pengebumian simbolik di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata PERKASA sepatutnya mempertahankan hak-hak Melayu tetapi tindakan ahli-ahlinya itu tidak mencerminkan budaya atau kesopanan masyarakat tersebut.

Afnan berkata tindakan PERKASA itu telah ‘dinyalakan api perkauman’ yang bertentangan dengan semangat perlembagaan persekutuan dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Oleh itu, kata beliau, pihaknya ingin menasihatkan ahli PERKASA supaya menggunakan otak dan bertindak secara rasional bagi mencerminkan identiti dan tingkah laku Melayu Muslim yang sebenarnya.


Sahlah puak PAS ni dah jauh sesat. Bila dia buat pada orang islam, semuanya boleh. Tapi bila orang islam melawan balik, dia kata itu tak boleh.


Kalau betullah puak PAS ni perjuangkan islam, sepatutnya mereka tidak membuat perkara ini kepada DS Najib dan Menteri Pendidikan Tinggi. Tapi puak PAS langsung tak kisah malah berbangga dengan perbuatan tu. Nampak sangat puak PAS sekarang lebih sayangkan orang kafir dari orang islam.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: