Geng Bas Sekolah

May 21, 2012

Beli Undi Dengan Rokok


Aku nak tergelak dengar berita tadi tentang negeri Melaka dan Johor dalam usaha nak banteras masalah perokok ditempat awam. Paling sadis negeri Melaka. Nama kempen bebaskan negeri dari asap rokok tapi dalam masa yang sama penjualan rokok masih lagi dibenarkan.

Apa makna kempen sebegitu kalau penjualan masih lagi dibenarkan. Kalau betul nak bebas, jangan benarkan rokok dijual sama sekali. Barulah betul maksud kempen tu. Aku faham tujuan sebenar nak kurangkan masalah merokok tapi semua tu takkan menjadi selagi penjualan dibenarkan. Setakat kempen, takkan jadi apa. Menghabiskan wang rakyat lagi adalah.

Itu masalah kempen anti rokok. Sekarang lihat pula masalah kenaikan harga rokok di Malaysia. Boleh dikatakan saban tahun Kerajaan menaikkan harga rokok dengan alasan mengurangkan jumlah perokok sekaligus mengurangkan masalah kesihatan.


Dalam diam, kenaikan ini sebenarnya membebankan rakyat. Kerajaan sangka dengan menaikkan harga rokok, masalah rokok boleh diselesaikan? Sebenarnya langsung tidak. Setakat ini aku tak pernah lagi berjumpa dengan perokok yang berhenti dengan alasan harga rokok yang semakin mahal.

Dalam hal inipun sebenarnya pembangkang yang bangang masih tak dapat mencari modal untuk meraih undi. Pembangkang sibuk bercerita nak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak adalah tertakluk dengan harga pasaran dunia. Sedangkan harga rokok dunia adalah murah. Ianya mahal disebabkan duti import yang sengaja dinaikkan.

Kalau pembangkang gunakan kempen turunkan harga rokok, tak mustahil pembangkang boleh mendapat sokongan yang banyak. Ingat jumlah perokok tegar ni tak banyak ke? Di Malaysia saja jumlah perokok adalah lebih kurang 4.6 juta orang. Itu termasuk dengan sejumlah penjawat awam yang besar. Bayangkan kalau pembangkang bangang turunkan harga rokok cuma dua atau tiga ringgit saja, sudah pasti undi akan masuk mencurah curah.

Kalaulah pembangkang bangang guna cara ni, aku rasa pening Kerajaan nak lawan balik. Cakaplah alasan apapun mengapa harga rokok dinaikkan, perokok tegar takkan pedululah. Janji ada rokok. Lagi murah lagi bagus. Masalah kesihatan? Tolak tepilah benda tu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: