Golongan belia berhak mengkritik sesiapa sahaja termasuk kepimpinan kerajaan tetapi kritikan itu perlu berasas serta tidak menimbulkan prasangka di kalangan masyarakat.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kritikan yang tidak berasas dan tanpa menggunakan akal fikiran akan menyebabkan berlaku fitnah yang seterusnya boleh menimbulkan kekacauan dalam negara.
Sehubungan itu, katanya, setiap Majlis Belia daerah perlu memainkan peranan penting mendidik ahlinya bukan sahaja menjadi seorang yang berpengetahuan malah pandai menilai kebenaran sesuatu perkara.
"Majlis Belia daerah perlu mendidik ahlinya supaya pandai menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pandai menilai sesuatu perkara sama ada ia baik atau tidak, sensasi atau fitnah.
"Tak ada tempat yang tidak terdedah dengan maklumat ekoran perkembangan teknologi dan pilihan ada pada kita sama ada mahu memilih maklumat yang baik atau sebaliknya," katanya.
Adnan berkata, peranan dan sumbangan belia yang kini melebihi 11 juta daripada keseluruhan penduduk di negara ini adalah amat penting.
"Generasi belia bukan sahaja penting dalam populasi negara tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik.
"Belia juga penting dalam merealisasikan matlamat negara untuk terus berada di landasan pembangunan, keamanan dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat," katanya.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
TP SYG PEMBANGKANG MEMBANGKANG NAK JATUHKAN KERAJAAN..KLU CMTU KITE JATUHKAN DIORANG SAMPAI TERTIARAP LERR KEHKEHKEHKEH
Post a Comment