Aku terfikir soal subsidi bila aku melawat blog cats thinker. Beliau mempertikaikan soal harga gula yang naik 20 sen.
Rakyat Malaysia ini secara umumnya hidup mewah sebenarnya. Mewah bukanlah dengan mempunyai harta melimpah tetapi mempunyai pelbagai kemudahan. Sebagai contoh membeli petrol dengan harga subsidi, membeli gula dengan harga subsidi, membayar bil air dengan harga subsidi dan lain lain barang keperluan.
Aku faham kenapa Kerajaan memberikan subsidi. Sebabnya pertama Kerajaan nak membantu rakyat. Yang kedua pula Kerajaan tidak mahu undinya lari. Lihat contoh ditahun 2008 dimana harga minyak dinaikkan, undi rakyat kepada BN merosot teruk.
Kesan pengantungan rakyat kepada subsidi menyebabkan Kerajaan perlu membelanjakan wang sehingga RM 18.92 bilion setahun. Bayangkan betapa banyaknya duit perlu dihabiskan untuk menampung subsidi. Dan apakah kesannya untuk jangka panjang? Bukan sahaja kepada ekonomi negara malah paling penting adalah kepada emosi rakyat.
Aku risaukan apabila rakyat Malaysia hidup terlalu bergantung kepada subsidi, bila tiba krisis ekonomi yang teruk, mereka tidak dapat menerima atau menanggung kesannya. Apa yang berlaku di Greece boleh dijadikan iktibar.
Mereka yang dahulunya mempunyai pekerjaan, rumah dan hartanah boleh hilang sekelip mata semuanya. Sehinggakan mereka tinggal merempat di jalanan. Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia biasanya hidup senang tiba tiba terpaksa merempat. Aku rasa ramai yang boleh menjadi gila dan membunuh diri sekiranya mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah muflis.
Bagi aku pengurangan subsidi kepada barangan tertentu seperti gula juga sebenarnya adalah baik khusus untuk kesihatan rakyat Malaysia. Seperti yang diketahui ramai, gula adalah antara punca masalah diabetis di Malaysia. Oleh itu penggunaan gula sepatutnya dihadkan. Oleh itu apabila subsidi gula dikurangkan, rakyat Malaysia sepatutnya mengambil peluang ini dengan mengurang penggunaan gula. Bukannya membantah dan merajuk kepada Kerajaan. Ingatlah bukan semuanya yang manis itu penawar dan pahit itu adalah racun.
Aku harap rakyat Malaysia belajarlah hidup sederhana dan tidak terlalu mewah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang dan setiasalah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Ajarlah anak anak supaya mereka faham yang kekayaan pada hari ini tidak semestinya boleh dikekalkan pada masa hadapan. Ekonomi negara walaupun berkembang pesat sekarang, itu tidak menjamin pada masa hadapan. Peperangan, spekulasi ekonomi dunia, kancah politik dalaman dan bencana alam sekitar yang besar boleh mengubah semua ini.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
1 comment:
YG AJAR BENDA2 FREE DAN NAK MEMBENGKRAPKAN NEGARA PUN ANUWAR GAK BROO. FUCKATAN RACUN KAT RAKYAT MINTAK DARI KERAJAAN SEGALA BENDA FREE. KLU TAK..UGUT JGN UNDI KERAJAAN WALHAL FUCKATAN PUN TAK TAU CAMNE NAK CARI SUMBER KEWANGAN TUK TAMPUNG KEPERLUAN RAKYAT. TENGOK JE JANJI NK BG RM100 KAT ANAK SELANGOR..HAMPEHHH!!..AKHIRNYE RAKYAT YG PARAH SBB TERMAKAN DGN HASUTAN FUCKATAN..ADOIYAIII
Post a Comment