Geng Bas Sekolah

April 3, 2012

Anak Muda Menolak PKR


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR telah gagal mengiktiraf sumbangan Majlis Belia Selangor (MBS) apabila mengenakan kadar sewa mahal untuk majlis itu beroperasi di Kompleks Belia dan Kebudayaan di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau berkata MBS ialah sebuah pertubuhan sukarela dan tidak mempunyai sumber kewangan banyak untuk membayar kadar sewa yang tinggi.

“Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Selangor amat rakus, tamak dan mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata dari segi kewangan.

“Kerajaan Selangor seolah-olah tidak mengiktiraf MBS memandangkan MBS yang memperjuangkan pembinaan kompleks ini ketika pemerintahan terdahulu untuk mengumpulkan pentadbiran belia di seluruh Selangor.

Sebab itulah BN (Barisan Nasional) membuat kompleks ini dan tidak mengenakan apa-apa sewa terhadap pertubuhan belia seperti MBS ketika itu untuk duduk di dalam kompleks kerana hendak memberikan pembelaan terhadap kaum belia,” katanya selepas merasmikan Kejohanan Olahraga MSSD Ke-40 di sini, Isnin.

Noh mengulas tindakan syarikat pengurusan MSNS Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Selangor yang menaikkan kadar sewa sehingga 300 peratus bagi premisnya di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor.

Timbalan Presiden MBS, Badrul Hisham Badrudin berkata MSNS menghantar surat pada awal tahun ini memaklumkan menaikkan kadar sewa daripada RM1,977 sebulan kepada RM5,280 berkuat kuasa Januari.

ejak 2001, katanya MBS tidak perlu membayar sewa bagi premis di tingkat empat dan lima.

Noh yang merupakan Setiausaha Gerakan Belia 4B Selangor pada 1990-an berkata kerajaan negeri Selangor juga telah mengenepikan peranan yang dimainkan MBS dalam menubuhkan satu lagi badan belia dikenali Penggerak Belia Negeri Selangor.

“Bila ini berlaku, MBS seolah-olah diketepikan dan tindakan ini memecahbelahkan belia-belia dalam negeri Selangor. Kerajaan Selangor sepatutnya mempereratkan hubungan pertubuhan-pertubuhan belia.”

Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mendedahkan kedudukan kewangan universiti milik kerajaan negeri, Universiti Selangor.


Pakcik Anwar sibuk nak tarik belia supaya menyokongnya tapi Khalid gagap sudah crossline dengan menghentam persatuan belia kat Selangor. Makin kusutlah PKR ni sebab sah pengundi belia dah lari hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Admin said...

DS Anuwar masih 'sayangkan' belia untuk dibelai...

paham paham je la..