Aku tak faham dengan perangai sesetengah blogger ni. Kalau dulu dorang ni suka hentam orang politik tapi sekarang dorang ni hentam pulak orang lain. Sekarang tengah hangat kes penyiaran gambar seorang penari yang didenda 25 ringgit.
Ada yang bengang kononnya denda tu terlalu sedikit lalu disebarkan gambar perempuan tu. Bagi aku orang yang buat kerja macam ni terlalu bodoh. Bukan salah perempuan tu dia didenda 25 ringgit. Yang patut ko balun si Hakim tu, bukannya orang yang didenda.
Ada juga blogger yang suka hentam sesiapa saja asalkan dapat menaikkan ranking. Ada yang balun ostad Azhar, ada yang balun artis. Sesetengah perkara tu tak perlu diperbesarkan tetapi dorang buat seolah olah benda tu boleh mengancam keselamatan negara lagaknya.
Kes perempuan tu sudah settle sebenarnya. Tapi perbuatan tak bermoral blogger ni membuatkan seolah olah kes ini masih berjalan. Kadang kadang aku pelik kenapalah blogger ni suka sangat buat cerita buruk pasal orang. Kalau dah asalnya blog politik, target jelah orang politik. Jangan sampai membabitkan orang lain pula. Bayangkan cerita perempuan tu ko besar besarkan hari ini, dan akan datang anak cucu ko buat salah sikit, orang lain pulak perbesarkan. Mesti ko rasa marah dan malukan.
Blog aku adalah blog politik jadi cerita aku hanya berkisar pada orang politik. Aku tak berminat nak mendedahkan masalah dan keburukkan orang yang tak aktif dengan politik termasuklah blogger pembangkang.
Bagi aku blogger pembangkang bukanlah musuh utama sebaliknya pemimpin politik merekalah musuh utama sebab pemimpin politik ini yang memegang kuasa. Yang mempunyai pengaruh dan wang ringgit. Yang kalau terlalu berkuasa, mereka boleh menindas rakyat dan menghancurkan negara. Orang sebeginilah yang mesti dihentam.
Maaf kalau ada rakan blogger yang tak senang dengan teguran aku tetapi inilah realiti. Ada sesetengah perkara itu boleh kita balun tetapi ada sesetengah perkara itu kita tidak perlu campur tangan.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
4 comments:
Yeah! Ramai plak aku tengok blog politik yg ada bukak cerita artis.. Hehehe..
Yang kes penari tiang kena denda RM25 tu aku rasa bukan salah hakim jugak.. Masalahnya undang2 kat negara kita untuk kesalahan sebegitu.. Perlu dikaji semula.. Masalah kat akhbar tu jugak yang dok siar kat front page.. Memang ramai yang tak puas hati sebab kes sorang ustaz baling selipar kat hakim kena penjara setahun tapi penari tiang beragama Islam boleh plak kena denda RM25 je.. Itu ke cara nak mendidik umat Islam? yang aku faham, begitulah situasi tegang yang berlaku.. Ada betulnya jugak.. Yang dok salahkan kes penjara tu masalah jugak.. Dah sah sah mahkamah adalah sebuh tempat yang harus dihormati.. Apa2 pun banyak perkara perlu diperbetulkan..
Salam tuan tanah.Follow ur instict and ur own stand.may I say.hehehe
SALAM YB RAZ ... TERUSKAN DENGAN TEGURAN MEMBINA.
BERBEZA PENDAPAT BUKAN BERERTI BERMUSUH ...
hakikatnya bro, takpa teruskan perjungan. lepas pru kita godek.
Post a Comment