Geng Bas Sekolah

April 2, 2012

Anwar Ibrahim Masih Merindui UMNO ?


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta ahli-ahli Umno akar umbi supaya berhenti memfitnahnya kerana beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan mereka.

Anwar berkata, walaupun dirinya dimaki, dihina setiap hari malah pernah dipukul ketika dalam penjara sebelum ini, beliau tetap bersyukur kerana rakyat bijak dan diberi akal untuk menilai.

“Saya di penjara enam tahun, ditelanjang dan dipukul bukannya sebab saya bergaduh dengan orang bawahan Umno tetapi saya hendak bela rakyat dan tidak mahu rasuah berterusan oleh mereka yang menyalahgunakan duit rakyat,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 3,000 penyokong di Seksyen 1, Wangsa Maju, malam kelmarin.

Anwar berkata, sekiranya ahli Umno tidak menyokongnya, ia tidak membawa masalah kepadanya tetapi beliau meminta mereka berhenti daripada melemparkan fitnah dan menghina dirinya.


Alahai pakcik Anwar nak mintak tolong dengan orang UMNO pulak. Kenapa penyokong PKR sendiri dah tak ada, baru sekarang nak merayu pada orang UMNO ke? Walaupun pakcik Anwar secara direct tak menyerang orang UMNO tetapi perbuatan pakcik yang mengatakan UMNO parti kotor dan rasuah telah mengguriskan hati orang orang UMNO.

Lagipun selama ini orang UMNO tak adapun fitnah pakcik. Semua kes memalukan macam filem blue dengan kes liwat suka sama suka tu semua pakcik sendiri yang buatkan. Jadi apa kaitannya dengan orang UMNO?

Jadi pakcik tak payahlah risau pasal orang UMNO. Orang UMNO tetap akan menyokong UMNO. Pakcik jagalah sendiri orang orang pakcik tu ye.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: