Geng Bas Sekolah

March 11, 2012

Lynas - Orang Melayu Cintakan Dunia Dan Takutkan Mati


Sejak kebelakangan ini dap dan beberapa akhbar berbahasa cina begitu giat dan bermati-matian mahu menghancurkan projek LYNAS kebanggaan rakyat malaysia. Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.

Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.

Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini.petikan artikel rezeqeen hill.

China menguasai hampir 95% pembekalan nadir bumi. Berdasarkan maklumat, sekiranya LYNAS ini beroperasi maka MALAYSIA akan menguasai 20% pembekalan nadir bumi di pasaran antarabangsa.

LYNAS sebenarnya akan memecahkan monopoli negara china dalam pembekalan bahan nadir bumi. Sudah menjadi amalan tradisi perniagaan, orang ca ya nun alif tidak suka perniagaan yang dikuasainya dipecahkan monopoli.

Kerana itulah beberapa akhbar cina dan dap bermati-matian mahu menghancurkan nama LYNAS di mata rakyat. aksi mereka tanpa kita sedari, ianya secara terselindung mahu menghapuskan cubaan malaysia (sebut kerajaan melayu) menguasai nadir bumi di pasaran antarabangsa.

Sumber: GAB


Inilah sebab utama kenapa ultra kiasu beriya nak hancurkan Lynas. Semua sebab mereka tak dapat projek. Sama macam isu pasir sebelum tahun 2008. Setiap hari puak DAP canang cerita pasir. Bila mereka dah kontrol Selangor sekarang, mana cerita pasir dan alam sekitar? Kenapa mereka senyap? Sebabnya mudah. Mereka dah dapat pegang projek pasir. Hati hatilah orang melayu. Jangan sampai agama, bangsa dan negara tergadai.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: