Geng Bas Sekolah

March 12, 2012

LGBT Dalam Kerajaan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi terhadap aktiviti menyalahi undang-undang dan akan membanteras aktiviti seks songsang secara berterusan, termasuk gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, meskipun gejala tersebut masih terkawal, tetapi polis sentiasa memantau aktiviti tersebut.

"Saya rasa masyarakat Malaysia hari ini bukanlah sebodoh itu untuk menerima aktiviti songsang seperti itu di negara ini.

"Bagi pihak polis, sebarang aktiviti yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang negara akan dibanteras termasuk LBGT," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran rondaan bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini hari ini.


Yeke pihak polis banteras isu sebegini? Tapi kenapa masih berlambak pondan kat Malaysia? Tu kat Chow Kit pondan dan pelacur bersidai selamba je kat tepi jalan walaupun balai polis ada berdekatan. Sendiri fikirlah...

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: