Secara peribadi saya MB Kedah. Saya kenal hati budinya. Beliau bukanlah kalangan jenis yang terlalu mengejar dunia, termasuk projek-projek negeri, berbanding dengan exco-exco yang tidak sefahaman dengannya. Saya masih ingat bagaimana bisnes minyak saudara saya disebotaj oleh wakil-wakil rakyat PAS yang bergelar exco ini. Mereka nampaknya begitu ghairah untuk hidup mewah dan bermesyuarat di hotel lima bintang.
Akhirnya bisnes minyak saudara saya itu lingkup angkara exco-exco ini. Tidak semua exco yang bergelar ustaz dan protaz ini baik. Mereka juga mahukan habuan dan kepuasan nafsu dunia. Mereka tidak hanya cukup dengan seorang isteri. Dahulu mereka menuduh BN dan UMNO mengamalkan rasuah dan kroni. Bila sampai sendiri memerintah, tidak banyak bezanya. Jangan sampai mengata dulang paku serpih, mengata orang, kita yang lebih.
MB Kedah sanggup menjadi tidak popular dengan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah yang melanggar undang-undang mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Tindakan ini amat tidak disenangi oleh Pakatan Rakyat dan orang PAS sendiri yang mahukan AUKU dimansuhkan sama sekali mengikut selera ultra kiasu.
Sumber : Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Sah puak PAS ni harap je berserban berkopiah tapi perangai punyalah buruk. Suka cakap orang lain perangai buruk tapi rupa rupanya merekapun sama buruknya.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment