Geng Bas Sekolah

January 10, 2012

Konspirasi Najib Dan Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, keputusan mahkamah hari ini yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campur tangan dan konspirasi kerajaan terhadap pemimpin pembangkang itu.

“Keputusan hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa di sebalik apa yang telah didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi bebas di mana baik politik mahupun ahli politik mempunyai sebarang pengaruh berhubung pelaksanaan keadilan,” katanya.

Najib berkata, ini sebaliknya mengukuhkan pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang kerajaan Malaysia, dan begitu juga cabang lain tidak campur tangan dalam urusan cabang yang lain.

“Sebagai ketua cabang eksekutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebaik kepulangan beliau hari ini daripada satu lawatan ke Afrika Selatan.

Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 2008.

Najib berkata, kes ini dibawa oleh seorang individu persendirian dan adalah penting tuduhan beliau itu didengar di mahkamah.

“Jauh daripada menjadi satu perbicaraan bermotifkan politik, ia telah menjadi satu gangguan yang tidak dialu-alukan daripada hal yang lebih penting untuk mentadbir negara kita demi kepentingan rakyat Malaysia,” katanya.


Bebas tu bebas jugalah DS. Tapi orang tua ni Raja Fitnah Nom 1 Dunia. Nak "play safe" pun agak agaklah. Nanti tak pasal pasal BN jatuh tergolek PRU nanti. DS puji melambung mahkamahpun apa puak pembangkang peduli. Yang dorang nak adalah DS jatuh tersungkur laki bini. Itu je. 

Orang tua pernah berpesan, "Pelanduk selalu lupakan jerat tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk".  Ingat tu DS.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

5 comments:

Anonymous said...

Kata kata Najib lebih iklas dari orang yg sentiasa buruk sangka pada BN.

Anonymous said...

BERTENANG BROO..A GREAT FIGHTER NEVER QUIT..KALAH HARI NI BKN BERMAKNA KITA TEWAS. KITA BERUNDUR UTK SUSUN STRATEGI YANG PASTI BUAT ANUWAR TERBERAK DLM SLUAR!..CUMA KENA PECAYA PD DIRI SENDIRI >:]

usin said...

entah2 malam2 dorang berdua duduk ngeteh kedai mamak. sapa tau ye tak!!
kita jugak yg 'berperang' bagai nk rak.

Dot said...

betul la usyin!

ari tu kat lobby parlimen bukan main mesreeee jer deme tu 2 oram, siap lage2 cawan lagi minum teh!!

kalau tngok pemimpin2 atasan ni, mrk cukup jager standard, takder pun nak lage2 kepaler mcm pencacai2 di bawah!!

sudah tu sedap2 dier oram berjalan2 ke luar negare. kalu ade aper2 hal, oram kiri kanan mrk yg selesaikan dgn puak bawahan. dier oram sedap2 makan angin!!

Jeepers Creepers said...

dah namanya politik..depan pengikut semua cakap lain..belakang semua dah kawtim.

fikirkan ler..kalau orang dok caci maki kita tengah orang ramai, takkan kita tak rasa kasi penumbuk kat muka orang tu kan?