Geng Bas Sekolah

January 10, 2012

Esplanade Kuantan - Kegagalan Yang Memalukan


KUANTAN - Busuk, kotor dan menyakitkan mata. Itu pemandangan yang boleh dilihat di belakang medan selera Gerai Esplanade di sini sejak beberapa bulan lalu.

Situasi itu berlaku apabila timbunan batu-bata di lokasi itu berselerak dan tidak dibaiki menyebabkan peniaga dan pengunjung di kawasan tumpuan terkenal di bandar ini merungut.


Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali Zainuddin, 60-an, berkata, dia dan rakan-rakan peniaga menempatkan 16 buah gerai sudah tidak tahan menanggung situasi itu yang boleh menjejaskan kehadiran pelanggan ke gerai mereka.

Menurutnya, dia sudah membuat laporan dan pernah memberitahu masalah di belakang gerai itu ke Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), namun kesal kerana masih belum ada tindakan segera untuk memperbaikinya.

Baca selanjutnya di Pahangku


Kuantan....Akupun tak tahu apa nak jadi. Aku tak tahu kenapa pihak berwajib kat Pahang ni banyak yang jenis slow. Bukan setakat Kuantan, bandar akupun sama lemau. Jalan berlubang lubang, persekitaran tak ceria, jalan sesak melampau macam KL. Padahal pekan biasa je.

Masalah utama pekan aku ni adalah kegagalan pihak berwajib membuat jalan pintas dari KL ke Gua Musang. Kenderaan nak ke kelantan semua nak masuk ke Pekan aku. Sampaikan Tengku Mahkota Pahang sendiri pernah menegur masalah (klik sini) ini tapi macam biasalah pihak berwajib pekakkan telinga je.

Dalam banyak negeri kat Malaysia, aku puji Melaka. Aku pernah menetap di Melaka dan aku melihat setiap tahun pembangunan Melaka meningkat. Melaka cuma bergantung kepada sumber pelancongan je tapi berjaya menaiktaraf negerinya mencapai status negeri maju pada tahun 2010.

Tapi Pahang yang duit balak berjuta tapi alahai....Sedih wooo. Tahulah Pahang ni besar tapi kalau nak naiktaraf Kuantan tu sepatutnya tak ada masalah. Tapi itulah kalau Kuantan sendiri tak terurus, bagaimana daerah lain nak maju. 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: