Geng Bas Sekolah

December 6, 2011

UMNO Untuk Anak Muda !


Pemimpin UMNO yang sudah terlalu lama memegang jawatan di dalam parti perlu mengundurkan diri secara sukarela bagi memberi peluang kepada generasi muda dan mereka yang berkebolehan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, golongan muda lebih cenderung menyertai dan menyokong parti lawan kerana mereka tidak mendapat peluang di dalam UMNO berikutan seseorang pemimpin memegang jawatan terlalu lama.

''Kalau kita tengok dalam UMNO, kalau nampak orang itu ada kelulusan tinggi sedikit, jangan bagi dia masuk (UMNO).

''Kalau masuk, nanti dia ambil jawatan ketua cawangan atau ketua bahagian atau jadi calon. Lama-lama, hendak cari calon jadi Menteri Besar Selangor pun tidak ada sebab orang ada kebolehan tidak boleh jadi ahli UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bicara Negarawan Bersama Tun Dr. Mahathir anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Dr. Mahathir turut menasihatkan golongan muda supaya tidak mengharapkan jawatan apabila memasuki UMNO tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

''Asalkan perjuangan itu diteruskan oleh parti cukuplah. Apa yang penting parti menang, bukan individu," katanya.


Syabas dan terima kasih Tun kerana memberikan teguran kepada pemimpin UMNO. Harap lepas ni jangan disekat sekat anak muda. Jangan asyik balik balik muka zaman tok kadok je yang memegang jawatan. Anak muda tak diberi peluang. Kalau adapun cuma sekadar disuruh pacak bendera dan pasang poster time pilihanraya je. 

Permimpin UMNO jangan jadi macam Nik Aziz. Nak pegang jawatan sampai ke liang lahad. Buat malu pada anak cucu je nanti. 


RTM Takut Dengan Anak Muda !

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

ANAK MUDA HARAPAN BANGSA. BLE LG NK KASI DIORANG CHAN?? HUHUHU