Geng Bas Sekolah

December 6, 2011

Tuan Ibrahim Tuan Man Mengaku Adnan Yaakob Lebih Baik Dari Nik Aziz


Bajet 2012 untuk negeri ini yang dibentangkan hari ini, mencapai bajet berimbang dengan terdapat lebihan RM1.1 juta dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan bajet defisit RM68.25 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, untuk Bajet 2012, perbelanjaan mengurus berjumlah RM489.74 juta dan hasil kerajaan negeri dianggarkan RM509.93 juta.

"Ini bererti, terdapat lebihan RM1.1 juta jika dibandingkan dengan Bajet 2011 yang mencatatkan defisit RM68.25 juta," katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan negeri Pahang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang ke-12 di sini, hari ini.

Adnan berkata, kerajaan negeri akan menguruskan sumber secara bijaksana, di samping memperkemas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan serta melaksanakan penjimatan melalui perbelanjaan yang ketat.

"Tetapi kita tidak akan mengorbankan mutu perkhidmatan kerajaan, ia selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya. Beliau berkata, Bajet 2012 menyediakan peruntukan RM632.9 juta bagi melaksanakan semua program dan rancangan pembangunan kerajaan negeri.

Katanya, peruntukan RM489.74 juta adalah untuk perbelanjaan mengurus, RM69.74 juta perbelanjaan pembangunan dari sumber negeri dan RM54.43 juta dari pinjaman Kerajaan Persekutuan.

"Ini bermakna, kerajaan negeri Pahang sebagai mana biasa tidak meminjam daripada mana-mana pihak untuk membiayai perbelanjaan mengurus, tetapi kerajaan negeri meminjam (dari kerajaan Persekutuan) bagi membiayai perbelanjaan pembangunan," katanya. Kerajaan negeri juga komited untuk melaksanakan perbelanjaan yang lebih mapan di samping memastikan aktiviti ekonomi terus berkembang.

"Kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan cukai tanah dan cukai lain yang membebankan rakyat. Kerajaan negeri akan terus menguruskan perbelanjaan dengan matlamat mengutamakan kepentingan rakyat," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pendekatan Bajet 2012 akan memberi tumpuan kepada empat perkara, iaitu mengutamakan kesejahteraan rakyat, meningkatkan daya saing negeri, memperkasa pembangunan modal insan dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam.


Antara Kelantan dan Pahang, ternyata Pahang lebih baik pengurusannya berbanding Kelantan. Sehingga hari ini, kerajaaan Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru PAS masih bergelut dengan masalah ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Itupun masih ada salah seorang pemimpin PAS kat Pahang yang mengatakan kerajaan negeri Pahang ni bangkrap. Pemimpin PAS tu betul betul menjatuhkan airmuka Tok Guru hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: