Geng Bas Sekolah

December 5, 2011

Fitnah Fuziah Salleh Memakan Diri


Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, soal kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan kerajaan sebelum lesen praoperasi dikeluarkan kepada syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd bagi membolehkan kilang memproses nadir bumi dibina di kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Beliau berkata, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta pakar-pakar luar negara telah mengesahkan bahawa pembinaan kilang itu selamat, tetapi masih diputarbelitkan fakta oleh pihak tertentu yang kononnya kilang berkenaan akan memudaratkan rakyat.

"Pihak tertentu telah mempolitikkan isu pembinaan kilang berkenaan demi politik sempit mereka,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 kerajaan Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Adnan berkata, kerajaan telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini bahawa Lynas Malaysia Sdn Bhd perlu mematuhi sepenuhnya syarat yang ditetapkan bagi kilang itu.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah bertindak atau membuat sebarang keputusan yang boleh memudaratkan rakyat. – Bernama


Ini seorang lagi orang tua penipu. Dah tua tua tapi masih lagi berperangai macam budak. Asyik nak menipu je kerjanya. Pakar Atom pun dah sahkan yang kilang Lynas tu selamat, boleh pulak makcik ni cakap tu kilang tu ada radioaktif. Apa punya bangang makcik ni.

Nak dicarut karang, kesian. Makcik ni dah lah tua. Tapi itulah. Perangai dia boleh buat orang sakit hati. Rasa nak baling je batu kalau jumpa makcik ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: