Geng Bas Sekolah

December 8, 2011

Adnan Yaakob Berjaya Yakinkan Pembangkang Bahawa UMNO Adalah Yang Terbaik


Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob telah melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia yang pertama di negeri ini pagi tadi.

Kedai yang dibuka di persimpangan Jalan Bukit Ubi ke Jalan Gambut dijangka mendapat sambutan hangat dari kalangan rakyat kerana ia menawarkan jualan barangan harian dengan harga yang lebih murah.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan Mydin Holdings Datuk Ameer Ali Mydin.

Pembukaan kedai rakyat 1Malaysia itu dijangka mendapat sambutan hangat kerana ia terletak dilokasi tengah bandar dan mudah untuk dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ.

Tinjauan mendapati, orang ramai berpusu-pusu berkunjung ke kedai terbabit hingga petang tadi untuk meninjau sendiri barangan jualan yang ditawarkan.


Habis akal pembangkang Pahang sekarang. Dahulu makcik Fuziah Salleh bolehlah bergembira dengan fitnah Lynas. Selepas pakar atom yang juga merupakan orang PAS mendedahkan isu Lynas adalah strategi fitnah pembangkang, terus jatuh merudum imej pembangkang di Pahang.

Dan sekarang dengan kehadiran kedai rakyat 1Malaysia, pembangkang terus tenggelam di Pahang hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: