Geng Bas Sekolah

December 1, 2011

PAS Mahu UMNO Berubah


BERPULUH-PULUH ribu ahli UMNO kini berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memeriahkan suasana Perhimpunan Agung UMNO 2011.

Dalam telinga mereka yang hadir mendengar ucapan pemimpin dan perwakilan, rata-rata disumbat dengan isu persediaan untuk menghadapi perang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang digembar-gembur berlangsung tidak lama lagi.

Suasana perhimpunan di PWTC kali ini diwarnai ‘mood’ PRU 13. Macam dulu-dulu, ahli-ahli UMNO akan kata mereka sudah bersedia untuk ke medan perang PRU. Entah betul atau tidak, mereka sendiri yang tahu.

Sedia atau tidak, PRU 13 tetap akan diadakan. Ia kini berada di hadapan kita. Bila Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di bawah Barisan Nasional akan dibubarkan, hanya Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja yang tahu.

Kalau dilihat pada ‘petanda-petanda’ PRU semakin dekat apabila pemimpin UMNO kerap mengatakan mandat akan diserah kembali kepada pengundi tidak lama lagi.

Keyakinan untuk mengadakan PRU 13 juga semakin kuat apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi pengiktirafan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib berada di landasan yang betul untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mencapai Wawasan 2020.

Pun begitu, cukupkah dengan keyakinan pemimpin veteran dan tertinggi UMNO sahaja untuk ke medan perang pilihan raya?

Semasa PRU 12, perasaan yang hampir sama juga diyakini dapat membantu mengulangi kemenangan besar BN. Tetapi, apa yang berlaku adalah di sebaliknya.

Tak perlu diulangi apa yang berlaku – semua ahli UMNO tentu rasa kecewa, terkilan, marah dan sakit hati. Apakah kelemahan, kesilapan dan kegagalan pada PRU12 mahu diulangi?

Tapi, apa yang diperhatikan, banyak ahli UMNO dilihat terlampau berharap kepada pihak lain untuk buat ‘kerja-kerja’ UMNO.

Kehadiran pemimpin UMNO di peringkat negeri, bahagian, cawangan untuk mendampingi rakyat - terutama bukan ahli UMNO atau BN - kurang dirasai.

Pemimpin UMNO sebenarnya tidak perlu terlalu bergantung pada publisiti atau hebahan program di dalam media massa untuk menunjukkan mereka ‘buat kerja’. Tanpa publisiti pun mereka boleh turun padang mendekati, menyelami dan menyelesaikan masalah rakyat bawahan di kawasan masing-masing. ‘Sentuhan peribadi’ mereka akan dikenang oleh rakyat.

Turunlah beri penjelasan isu-isu politik, ekonomi dan sosial kepada masyarakat. Banyak isu memerlukan penjelasan, jika tidak ia akan dimanipulasi oleh parti pembangkang baik dalam ceramah di kawasan lapang, masjid atau surau.

Apa yang dilihat dan didengar, ada kawasan kampung yang tak pernah dengar pun taklimat penerangan UMNO mengenai isu-isu semasa. Semua isu tertentu dibiarkan kepada media untuk membuat ‘kerja-kerja penerangan’ UMNO.

Jangan marah kepada rakyat jika mereka ‘termakan’ penjelasan parti pembangkang. UMNO patut salahkan diri sendiri jika rakyat mempercayai kata-kata pembangkang.

Rakyat sepatut merasai kehadiran pemimpin UMNO untuk menjelaskan isu-isu rakyat. Tapi sudah sekian lama penjelasan isu-isu semasa tidak diberi perhatian serius biarpun saban tahun perkara ini dibangkitkan dalam perbahasan perwakilan UMNO.

Balik-balik media massa juga diharap melakukan kerja-kerja ini. Sedangkan penyebaran maklumat melalui media massa arus perdana adalah terhad berbanding sentuhan individu pemimpin UMNO di kawasan perumahan, kampung dan sebagainya.

Oleh itu rakyat kini mendapatkan penjelasan sendiri melalui media baru seperti laman blog, facebook, twitter dan sebagainya. Jika penjelasan pihak pro parti pembangkang berjaya meyakinkan mereka, maka itu yang mereka percaya.

Ke mana pergi ketua-ketua, ahli jawatankuasa serta sayap-sayap UMNO di peringkat bahagian dan cawangan. Semua sibuk... sibuk apa?

Ramai sudah mengatakan PRU 13 semakin dekat tapi isu-isu rakyat sebenarnya belum ditangani sepenuh. Ada isu-isu yang memerlukan penjelasan berterusan. Takkan ini juga perlu mengharapkan wartawan dan media massa untuk buat kerja berkenaan? Kita perlu sama-sama memastikan rakyat mendapat penjelasan yang betul.

Pada saya, UMNO belum melakukan pembaharuan dalam menjelaskan isu-isu kepada rakyat bawahan. Kalau ada pun, ia belum cukup dan dirasai.

Jangan main-main dengan suara rakyat. Jangan ambil mudah perasaan rakyat. Mereka bukan bodoh. Mereka mahu UMNO memberi penjelasan mengenai sesuatu isu. Jangan diperap isu-isu tertentu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Jadi ahli-ahli UMNO mahu tidak mahu perlu turun bertemu rakyat dan beri penjelasan terhadap isu-isu berbangkit.

Najib berkali-kali berkata di hadapan ahli-ahli UMNO, sekiranya UMNO tidak mahu berubah akhirnya UMNO akan diubah oleh rakyat.

Ahli UMNO tidak boleh lagi bermalas-malas, realitinya landskap politik negara sudah berubah. Mulakan hari ini untuk semua ahli UMNO bertekad membuat sesuatu perubahan demi menjamin kelangsungannya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

Sdr SDR Remaja minta masuk,

UMNO tidak bolih Berubah.

Untuk mencari sebab dan musabab asbab rasional rasion d etre why's logik dll semua sudah tau sadikit sebanyak ...
kalau nak buat forum maya , tak cukup isian catit hujah.

UMNO tidak mampu berubah.


Hakiki nya perjuangan yang sebenar adalah ubah UMNO untuk hadapi PR dan ambil alih kuasa dari PR di semua 4 negeri dan 1 negeri yang wajib di sahihkan melalui PRU.
Masaalah nya 3.4 juta ahli UMNO sudah menjadi peniaga warong jual telor setengah masak.
Najib kalau betul betul nak menang,sepatutnya mulakan transformasi dalam UMNO mulai 2008, baru panggil Idris untuk ETP KRA KPI liberalisasi dll.
Najib panggil aje Idris untuk buat laboratory untuk UMNO, dengan powerpoint dengan blue ocean stareji untuk UMNO mesti semua orang tergamang dan Najib cakap sikit aja, pasti orang lama yang di sindir itu, undur diri, tak payah suruh suruh di PAU.
Kalu nak menang PRU kali,saya wajib Najib kasi balik apa yang dia cairkan kepentingan Melayu yang dia mulai dengan Amanah saham PBN kuota Bumiputera yang di beri kapada non Bumi,tarik balik liberalisasi sektor ekonomi,ta payah lah bawa balik talent daripada 1,000,000 malaysia diaspora,tak payah lah bagi piecemeal one one handout kapada orang Melayu,dengan subsidi tepong gula minyak petrol gas beras yang seludup keluar ke negara 4 negara jiran .
Tak payah tunjuk baik hati dengan 2.3 juta pekerja asing yang telah mengeluarkan 15 billion RM,ya, 15 billionRM kapada Indonesia akhir september 2011, semua sebab mereka dapat kemudahan subsidi demi subsidi pergi hospital bayor 2rm aje,pergi kedai KR1mm abis di bolot tepong gula minyak makan beras 5 % gula.

Tak payah nak tunjuk liberal baik hati konon kapada Sekolah vernakular, Namewee Sibai.
tak payah lah nak kasi muka habis jual asset negara MAS..esso petronas .
Tak payah lah bermuka dengan Obama, ingat dia kasi kita makan ke ?
Kita tak perlu pujian Obama atau sesiapa.
Tak payah pergi lawatan antara bangsa menagih syiok sendiri kepujian sendiri cakap dari negeri itu dan ini,world view sangat kita ?
Reseb negara baru RM333 billion.
Najib tak payah lah buat road show nak populist.
Sebalik nya ,keluarga semua ada kepentingan macam CIMB MAS AA Sime E O PNB 1billion 100 storey tower .
Najib punya solution berasas throw money throw money throw money and sell asset demi asset...
Cara ini bukan nya BLUE ocean strateji nama nya..

Cuba lah blue ocean strateji yang hebohkan untuk ATM dan PDRM dengan 3,433,536 ahli UMNO dulu,tengok ama cam ?
UMNO sudah tidak lagi mewakili orang Melayu sebab kepentingan orang Melayu sudah di terajang campak keluar olih Najib dan semua 3,433,536 ahli UMNO diam.
Guan Eng pergi Segamat lepas hina negeri Johor,berapa orang pergi bantah dia ? 800 kut.
Melayu UMNO ?
Mungkin ade peluang,tapi tipis
kalu balik kapada UMNO Meminpin Melayu dan Melayu meminpin BN yang meminpin negara.
Key word pimpin bukan kawal.
Ter Pulang kapada anda Najib, sebab PRU bolih buat 2013 ,tapi masa dah sengkat dan global ekonomi tidak menyebelahi anda dan kami orang Melayu.
Walau apa pun, saya pasti saya mau gemilang orang Melayu balik kepersada negara kita .
saya tidak mau 1Malaysia sebab merugikan orang Melayu dan UMNO.


Berani kah Najib ?

Saya rasa tidak.

Kerana UMNO tidak bolih berubah.

arjuna waspada
changkat lobak.