Geng Bas Sekolah

December 1, 2011

DAP Musuh Umat Islam Malaysia


Ancaman politik kepada UMNO bukanlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun musuh sebenar yang perlu ditentang adalah DAP.

Pemangku Ketua Wanita Bahagian Tun Razak, Zaleha Najmuddin ketika membahaskan usul politik mengatakan, DAP merupakan parti yang menjadi ahli sosialis antarabangsa yang berfahaman komunis.

"Kita semua tahu bahawa mereka ini secara terang-terangan menolak Islam. Mereka mempunyai strategi di mana sentimen perkauman bangsa mereka lebih bersatu dalam memperjuangkan parti mereka.

"Jika orang Cina bersatu dan menyokong DAP, apa pula strategi orang Melayu yang kini telah berpecah antara PKR, Pas dan UMNO," katanya ketika membahaskan usul politik sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2011.

Beliau berkata, tidak terfikirkah Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang kesatuan orang Melayu dan penyatuan umat Islam sehingga sanggup pula bekerjasama dengan DAP.

"Bangsa Melayu perlu bersatu bagi menjamin kestabilan politik, keamanan dan kesejahteraan negara kita agar Malaysia tidak dijajahi oleh orang lain dengan cara apa sekali pun," jelasnya.


Berhati hatilah orang melayu islam semua. Agenda DAP semakin mencapai matlamat. Kalau PRU akan datang ini mereka menang, akan hilanglah kuasa orang melayu islam diatas tanah melayu ini.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

TAKDE SANGSI2 LAGI BROO..DEEAYPIG MMG KOMUNIS!..KETUA2 REJIM KOMUNIS MASIH BEBAS. KLU DULU TINDAK TANDUK KOMUNIS DEEAYPIG NK KUASAI NEGARA NI IKUT PINTU BLAKANG. TP SKANG DH TAK SEGAN SILU BUAT SECARA TERANG2AN!..LANGKAH PERTAMA IKUT CKP ANUWAR PANDIKUTTI..HAPUSKAN RAJA2 MELAYU. LPAS TU TARUK BONEKA DRP ORG MELAYU PASRAEL ATAU PEEGAYRAR ATAU MELAYU KOMUNIS DLM DEEAYPIG HUHUHUHU >:D