Geng Bas Sekolah

November 30, 2011

PAS - Tan Sri Muhyiddin Yassin Kafir Kerana Menghina DAP


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada orang Melayu bahawa Pas sama sekali tidak boleh menggantikan UMNO sebaliknya yang berlaku ialah DAP menggantikan Pas.

Malah, Timbalan Presiden UMNO itu mengingatkan orang Melayu jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP yang hanya mahukan mereka menjadi kuda tunggangan untuk menjaga kepentingan cauvinis parti tersebut.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam.

" DAP bercakap mengenai Islam, Pas mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, Pas mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, Pas memberi pengiktirafan.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong Pas bertakbir. Tetapi apabila Pas menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam Pas. Dan apabila dikecam, Pas diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh Pas," tegas beliau.


Perghhh boleh berdarah telinga golongan Pemuka PAS kalau dengar apa Tan Sri Muhyiddin Yassin cakapkan ni. Memang betullah apa yang Tan Sri Muhyiddin Yassin cakap. Selama ni golongan Pemuka PAS dah dikencing baik oleh DAP.

Benda ni pun disedari oleh puak PAS yang diperingkat bawah. Tapi disebabkan suara mereka tidak mahu didengari oleh golongan Pemuka PAS, isu ni tak menjadi cerita besar. Tapi tengoklah PRU akan datang, puak PAS yang dibawah inilah akan memberi undi kepada UMNO sebagai tanda protes kepada golongan Pemuka PAS.

Masa tu golongan Pemuka PAS nak salahkan UMNO juga ke hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

LPAS NI PASRAEL BEREBUT2 PLAK MINTAK TIKET KE SYURGA KAT KIT SIYAL KEHKEHKEHKEH