Geng Bas Sekolah

December 1, 2011

DAP Mahu Orang Melayu Dipecahkan

Dipetik daripada Nanyang Siangpau
28 November 2011 (Isnin)
Kakitangan kerajaan tidak boleh disinggung
Penulis: Hong Jin (tentera Merah)

Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua Kiam Wee mencadangkan mahu kurangkan kakitangan kerajaan, bagi meringankan beban kerajaan, baru-baru ini timbul isu gelombang bantahan di sidang dewan rakyat.

Apa yang Tony Pua cadangkan ialah mahu tiru cara negeri China, mengurangkan kakitangan awam yang kurang berprestasi, dan ia boleh mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang begitu besar.

Hujah ini mendapat perhatian dari ahli-ahli BN, terutama sekali dari pihak UMNO membelasah cadangan itu, sebagai lidah BN (Utusan Malaysia) melaporkan fahaman yang negatif, ia bukan sahaja memutar belit fakta apa yang dicadangkan, sebaliknya isu itu dijadikan isu perkauman dan politikan.

Sila perhatikan, apa yang Tony Pua cadangkan ialah mahu mengurangkan kakitangan awam yang kurang berprestasi, ini menyebabkan fakta kemelesetan prestasi kakitangan awam, ia bukan bertujuan mahu kurangkan kakitangan awam kaum Melayu. Cadangan itu memang tepat dan tiada masalah, penulis memang angkat tangan dan angkat kaki untuk menyokong kata setuju cadangan itu!

Secara lurus, jika anda bertanya rakan-rakan di sebelah kita, kita tidak susah untuk mencari untuk bertanya, ramai orang berpendapat yang sama: jika kita pergi ke kaunter perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai yang di kaunter itu akan “tunjukkan” kita pergi ke bahagian-bahagian yang diarahkan, mundar mandir saban hari dibuatnya, yang sepatutnya masalah itu boleh diselesaikan sekejap sahaja sebaliknya memakan banyak masa.

Selain dari itu apa yang lazim kita lihat, apabila seorang kakitangan awam mengendalikan sesuatu tugas, kakitangan awam yang lain duduk di sebelah bukan sahaja tiada membuat kerja, malah tidak jalankan tugas yang ada di tangan mereka, mereka kelihatan bertiga berlima duduk berehat, mereka biarkan orang awam beratur panjang menunggu di kaunter.

Sumber : MyMassa


Kaum rasis dan ultra kiasu sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan orang melayu. Bawa bawalah mengucap wahai orang melayu. Jangan apabila agama, diri, keluarga dan kampung halaman tergadai, baru hendak bersatu. Masa itu sudah lewatlah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: