Geng Bas Sekolah

December 26, 2011

Kerajaan PAS Kedah Roboh Madrasah, Kerajaan PAS Kelantan Bina Tokong


Kerajaan Pas Kedah tetap dengan keputusan untuk merobohkan Madrasah Salihiah di Alor Setar meskipun terdapat cadangan agar dilakukan pengubahsuaian terhadap pelan pembinaan kompleks membeli belah yang akan menjejaskan madrasah berusia lebih 100 tahun itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selaku graduan lulusan Universiti Al-Azhar, beliau tahu mengenai hukum hakam dan keputusan untuk membenarkan pengambilan tapak serta bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan dibuat hanya selepas mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri.


Menurutnya, pihak luar termasuk Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tidak perlu campur tangan dalam perkara tersebut kerana soal mengubah pelan projek pembinaan kompleks membeli belah berkenaan adalah urusan kerajaan negeri.

“Mukhriz nak kacau apa, kita tengah bincang dah sekarang. Tunggu dia jadi menteri besar esok, dia cakap. Sekarang biar saya selesaikan masalah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Titi Akar, di sini semalam.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk jawatankuasa madrasah mengecam tindakan kerajaan negeri yang membenarkan madrasah itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah kompleks membeli-belah.


Entahlah apa nak jadi. DS Azizan cakap dia dah dapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Negeri. Kalau dah Majlis Fatwa bagi kelulusan, maknanya projek ni tak adalah masalah. Tapi tak tahulah kalau majlis Fatwa Negeri pun ambil jalan belakang. Kalau jadi begitu, sendiri tanggunglah kat akhirat nanti.

Dalam masa yang sama, cuba fikir kalau Kerajaan BN yang buat projek begini. Sah sampai 10 tahunpun puak PAS akan dok repeat cerita sama. Silap silap dorang buat demo berguling makan pasir. Tapi bila kena Kerajaan PAS sendiri yang buat, pandai pulak dok minta tolong dengan orang UMNO hahahaha.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

Kalau dah susah sangat ..rasanya jalan yang terbaik ialah ..menghadap Sultan . Termaktub dalam perlembagaan hal2 spt ini harus dipelihara dan dibaik pulih oleh kerajaan.
Sebagai yang bertanggungjawab terhadap kebajikan agama Islam , Sultan adalah rujukan yang terbaik.
Xyah gaduh2 dengan Puak2 haramjad tu...

Apa kata dan titah Sultan Kedah dalam isu nie, takkan nak tunggu dan lihat saje.Mencegah perpecahan umat tu lebih murni.