Geng Bas Sekolah

December 25, 2011

DAP Punca Rasuah Di Malaysia

Baru-baru ini apabila Transparency International (TI) mengumumkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) di Malaysia semakin naik , maka menjerit-jeritlah pemimpin DAP menghentam PM.

Dibawah ini adalah CPI Malaysia sejak 10 tahun lepas yang disiarkan oleh malaysiakini. Saya nak ajak anda semua lihat jadual di bawah secara terperinci.


Harus diingat, kajian yang dilakukan oleh TI adalah untuk seluruh negara (Malaysia) . Bukannya hanya di negeri-negeri tertentu sahaja.

Anda lihat kedudukan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004. Bermula dari tangga ke 36 hingga ke tangga 39. Naik turunnya tak banyak, hanya 4 tangga sahaja.

Kemudian lihat pula dari tahun 2004 hingga 2007. Bermula dari tangga ke 39 hingga ke tangga 44. Naik turunnya juga tak banyak, hanya 5 tangga sahaja.

Lihat pula dari tahun 2008 hingga 2011. Bermula dari tangga ke 47 hingga ke tangga 60. Kenaikan yang mendadak, sebanyak 13 tangga. Teruk !!!

Sedangkan sebelum itu tidak pernah terjadi keadaan seteruk itu. Ini semua kerana selepas negeri-negeri yang diperintah oleh BN dulu diambil alih oleh pembangkang pada awal 2008. Merekalah yang penjadi penyumbang utama kepada kenaikan mendadak itu. Pelbagai jenis rasuah dan salah guna kuasa , tidak kira kecil atau besar yang dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka. Mereka tak pernah memerintah, apabila dapat peluang memerintah semua benda mereka nak sapu.

Sebuah syarikat yang baru ditubuhkan sebulan selepas DAP mengusai pentadbiran Perak , yang mana syarikat tersebut milik isteri pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming telah diberi kontrak untuk membekal pakaian kepada Majlis Bandaraya Ipoh.


Sebelum itu jawatankuasa tender MBI telah bermesyuarat untuk memilih syarikat Goodman Tailor bagi membekal pakaian kepada ahli majlis MBI kerana syarikat itu telah menawarkan harga yang paling rendah (RM 450.00/pasang) daripada 5 syarikat yang mengemukakan sebut harga. Manakala syarikat milik isteri Nga Kor Ming menawarkan harga yang paling tinggi iaitu RM 650.00 sepasang.

Selepas itu dua saudara sepupu dari parti DAP, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham telah meminta agar kontrak tersebut di berikan kepada syarikat isteri Nga Kor Ming. Semua kejadian itu dicatatkan dalam minit mesyuarat MBI.

Baca selanjutnya disini


Perrghh gila punya DAP. Kaki rasuah negara. Sebab puak DAPlah indeks rasuah kat Malaysia ni meningkat berlipat kali ganda. Itu belum campur indeks jenayah lagi. Dengan pelacuran, perjudian dan kongsi gelap. Semua aktiviti haram inilah menyumbang kewangan kepada DAP.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

2 comments:

Anonymous said...

haha..klakar juga rumors lu bro..boleh la...haha

p/s: bro, rasuah teruk dimalaysia lu boleh salah kan DAP, kalau ekonomi bagus di Malaysia lu nk kata sebab DAp juga ka?..kahakahakak!

Anonymous said...

KEHKEHKEH NGA KOMING PUN TGH TERNGANGE TERKULAT2 NAK BALAS BALIK SOALAN KULASEGARAN PSL KONTRAK BAJU KOMPENI BINI DIA..SBB TU KENA TANAM DLM KEPALE.."INGAT RASUAH INGAT DEEAYPIG!" >|D