Geng Bas Sekolah

December 26, 2011


Lebih 30 calet dan pusat peranginan yang diusahakan oleh penduduk tempatan di pesisir Pantai Irama hingga ke Pantai Kandis, dekat sini diancam hakisan berikutan angin kencang dan ombak besar sejak tiga hari lalu.

Keadaan itu membimbangkan pemilik dan pengusaha pelancongan yang berhadapan dengan kerugian jika keadaan air pasang besar yang berlaku pada setiap malam itu menghakis dan meroboh sebahagian daripada calet terbabit.

Penyelia Tanjung Chat Beach Resort, Normah Mohd. Nor, 49, berkata, sebanyak lima calet yang dibina sejak 2006 menunggu masa untuk roboh jika ombak besar berlaku secara berterusan kerana sebahagian daripada tebing pantai tersebut sudah terhakis.

Menurutnya, dalam kejadian terbaru malam tadi air laut melimpah ke daratan sejauh 60 meter menyebabkan pihak pengurusan resort terpaksa mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk menyelamat dan memindahkan barang dalam calet terbabit.

"Kita juga terpaksa memanggil Tenaga Nasional (TNB) untuk memotong segera bekalan elektrik bagi mengelak sebarang kemungkinan.

"Lebih 20 penduduk berdekatan membantu mengangkat tilam, katil dan almari malam tadi dalam keadaan kawasan resort yang digenangi air dan dihempas ombak," katanya ketika ditemui di Tanjung Chat Beach Resort, di sini, hari ini.


Kerajaan PAS nak tolong? Jangan haraplah. Nik Aziz lebih rela rakyat Kelantan hidup susah daripada dia sekeluarga hidup susah. Dalam masa rakyat Kelantan menghadapi masalah air, tiada kemajuan, dia boleh dok fikir letak anak menantu dia, letak kroni dia pada jawatan tertentu sebelum PRU nanti. Inilah dia perangai Murshidul Am PAS.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

ALAA WALLY SLIPAU MESTI CKP KLU DIORANG MATI LEMAS PUN MASUK SYURGA DIA JUGAK. TAK PAYAH MEMBAZIR DUIT KEHKEHKEHKEH