Dong zong risau orang muslim ambil alih kantin di sekolah rendah Cina
Chou Chong Han berkata, pihak Dong Zong risau, jika pihak sekolah rendah Cina ikut cara dan arahan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran, dimana ikut butir dan kontrak yang ada, ia boleh menyebabkan kantin sekolah rendah Cina akan dikendalikan oleh orang muslim.
Beliau berkata, banyak program khas yang ditempatkan di sekolah rendah Cina ataupun program pendidikan pra-sekolah, menetapkan pihak kanteen sekolah menjual menu makanan halal.
Chou Chong Han juga sebagai pengerusi pengelola di salah sebuah sekolah menengah Cina, beliau berkata, pihak sekolah yang di bawah pengelolaan beliau masih belum terima sebarang surat seumpama yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran itu.
Beliau berkata, selama ini pihak pengelola sekolah yang mengeluarkan tender kantin, kerana itu di bawah kuasa pengelola pihak sekolah, kontrak kantin juga di bawah olahan pengelola sekolah, jika perjanjian kontrak kantin diserahkan kepada guru besar, bermakna telah melanggar kuasa dan peraturan pihak pengurusan pengelola sekolah.
Chou Chong Han berkata, sejak tahun 2006 Dong Zong telah melancarkan “kempen kesedaran Pengelola Sekolah”, supaya dapat menyedarkan pihak pengelola sekolah batas-batas dan tanggungjawab mereka, kuasa pengurusan kantin juga di bawah pihak pengelola sekolah, termasuk pusat jualan buku-buku dan pengurusan dewan sekolah.
Beliau menegaskan “Jika semua kuasa diserahkan kepada guru besar, bermakna kita sudah tidak perlukan bahagian pengelola sekolah lagi.”
Sumber: Pahang-Ku
Apa maksudnya risau kantin sekolah cina dikendalikan oleh orang muslim? Adakah dia bermaksud yang makanan halal orang muslim ini tidak elok dan tidak memberi khasiat? Ataupun Dong ZHong memang anti islam?
Sekarang sudah sah makanan yang dijual dikantin sekolah cina adalah tidak halal dan haram dimakan oleh pelajar islam. Bagi orang cina, mereka hanya faham haram kepada umat islam hanyalah babi. Tetapi hukum halal haram sebenarnya terlalu besar. Bukan setakat binatang babi sahaja.
Bekalan ayam dan daging yang ambil oleh pengusaha kantin cina ini juga perlu dipastikan daripada peniaga mana. Jika difikirkan, sudah pasti mereka akan mengambil bekalan daripada peniaga kaum mereka juga. Sudah tentu tidak akan mengambil daripada pembekal islam.
Apabila diambil daripada pembekal bukan islam maka ayam dan daging itu sudah semestinya meragukan statusnya. Sembelihan ayam atau lembu yang tidak mengikut syariat islam juga haram dimakan. Begitu juga pinggan mangkuk yang digunakan untuk memasak makanan haram perlu dibezakan untuk kegunaan pelajar islam. Harap ibu bapa islam mengambil berat soal ini. Halal haram bukan setakat melibatkan babi malah ianya meliputi banyak perkara.
Katakanlah (wahai Muhammad) aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang-orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah.
Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak menginginnya dan tidak melampaui batas maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-An’am ayat 145).
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment