Geng Bas Sekolah

November 28, 2011

Corak Pemerintahan Pembangkang Adalah Pecah Dan Perintah


“Kita lihat Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor...Pakatan dapat bekerjasama dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Macam di Kelantan, ramai orang PAS, menteri besar orang PAS. Kedah lebih orang PAS jadi orang PAS jadi MB, tetapi ada juga PKR dalam kerajaan Kedah.

“Di Pulau Pinang, DAP pula lagi ramai jadi jawatan ketua menteri dari DAP. Di Selangor pula PKR lebih besar dan kemampuan kita untuk mentadbir negeri di bawah kita dalam keadaan yang berbeza ini menunjukkan formula untuk mengekalkan Pakatan Rakyat ini memerintah negeri-negeri dan negara, memang boleh dilaksanakan,” tegas beliau.

“DAP mempunyai wawasan politiknya yang tersendiri dan wawasan politik ini tidak terhad kepada satu kaum, begitu juga dengan PKR dan begitu juga dengan PAS.

“Kalau apa yang nak dizahirkan bahawa setiap parti adalah bebas daripada aspek perkauman lalu diletakkan calon yang berbilang bangsa, bagi saya, saya tidak melihat ia sebagai masalah. Cuma DAP calon-calonnya selama ini ramai Cina dan India yang sudah ke depan dan nampak jelas, tetapi dalam sejarah mereka, mereka pernah ada calon-calon Melayu.

Sumber: Mstar


Inilah corak pemerintahan pembangkang yang boleh menghancurkan negara. Kononnya mereka lebih telus dan tidak mengamalkan perkauman. Tapi apakejadah kalau di P.Pinang cina yang pegang, sampai orang melayu diabaikan. Orang melayu dan india diusir dari kampung halaman.

Di Kedah PAS pegang sehingga mahu merobohkan madrasah semata mata nak bina pusat membeli belah. Di Selangor pula hanya depan je nampak orang melayu jadi ketua. Tapi dibelakang adalah orang cina yang memberikan arahan.

Nampak sangat huru hara corak pemerintahan pembangkang. Mereka hanya mementingkan bangsa sendiri sehingga mengabaikan orang lain. Sah lah mereka ni mengamalkan politik perkauman. Setiap negeri lain corak pentadbiran kerana mengikut wawasan parti yang memerintah. Kalau macam tu berpecahbelah terus negara Malaysia ni.

Pergi P.Pinang ikut cara DAP. Pergi Selangor ikut corak PKR. Pergi Kelantan ikut budaya PAS. Hancur terus negara dibuatnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Jeffry said...

MAKIN NAK DEKAT PRU, FUCKATAN MAKIN GALAK NAK ROBOH SANA SINI. HALAU RAKYAT SESUKA ATI. DIORANG KONFIDEN DAPAT UNDI BESAR KOT KEHKEHKEHKEH HARKKK PTUIHHHH!!!