Geng Bas Sekolah

October 20, 2011

Spesis Biawak P.Pinang Ada Di Pahang !


Bila bahang PRU dah terasa, mulalah banyak biawak biawak yang muncul. Ada biawak berbelang, ada biawak hitam dan ada biawak boleh tukar tukar warna. Tapi yang pasti persamaannya kesemua biawak ini mempunyai lidah bercabang.

Akhir zaman ini, sekiranya BN mahu terus memang, calon hendaklah terdiri daripada mereka yang benar benar boleh bekerja. Bukan setakat mempunyai ratusan ribu pengikut semata mata. Kalau berbangga dengan jumlah pengikut yang ramai tetapi berbayar, lebih baik ditolak saja calon ini.

Mengenai kes biawak ni, dah namapun biawak. Lidahnya bercabang. Sudah tentulah kita tak boleh percaya dengannya. Biawak ni menjerit jerit nak kuota partinya tidak dikurangkan. Tapi biawak ini langsung taknak bekerja.

Semasa makcik Fuziah Reaktor menggila dengan fitnah Lynnas, ada ke biawak ni turun padang menjelaskan hal sebenar pada rakyat Pahang? Ada ke biawak ini mengatakan bantahan pada fitnah makcik Fuziah? Kerja taknak tapi jawatan tetap nak pegang.

Tak guna BN Pahang menyimpan biawak ni. Seperti mana peribahasa orang tua tua dahulu : "umpama menanggung biawak hidup". Biawak ni seeloknya dihumban je kedalam Sg Pahang. Tak guna simpan dah. Menambahkan beban je kepada rakyat.

Nak tahu siapa biawak ni? Korang boleh klik Semut Hitam. Semut kenal sangat biawak ni. Dari jauh dia dah boleh tercium bau hanyir biawak ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

tapi yang pastinya, semua biawak lidah bercabang walau apa warnanya, " BIAWAK BERKATA, WALAU PUN LIDAH AKU BERCABANG ?, AKU TAHU LENGGANG LENGGOK ORANG".