Geng Bas Sekolah

October 20, 2011

PAS Lari Daripada Perjuangan Islam


PAS Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan Sabtu ini bagi membincangkan isu khusus murtad dan pemesongan akidah di kalangan Muslim.

Ia memberi amaran akan mengenakan tindakan disiplin ke atas mana-mana ahli yang menyertai perhimpunan itu kerana ia melanggar keputusan kepimpinan parti malam tadi.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata arahan tersebut dikeluarkan susulan pendirian PAS pusat semalam bahawa parti itu tidak akan menyertai perhimpunan itu.

“Presiden PAS telah menyatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam Himpunan Sejuta Umat, oleh itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli PAS di Selangor, agar tidak terlibat dalam himpunan tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan SMS petang ini.

Sumber: Semut Hitam



Aku tak faham kenapa puak PAS sekarang semakin berserabut jiwa mereka. Mereka lebih suka membuat kerosakkan diatas muka bumi ini daripada melakukan kebaikan. Perhimpunan haram anjuran yahudi zionis dan nasrani BERSHIT 2.0 mereka sanggup datang. Tapi apabila berhimpun untuk memperjuangkan akidah umat islam dan agama islam, mereka tolak mentah mentah.

Allah s.w.t dah tunjuk kepada umat islam kat Malaysia sekarang, apa sebenarnya didalam hati puak PAS ni. Selama ini puak PAS kata mereka adalah pejuang islam. Tetapi sekarang Allah s.w.t dah tunjukkan hati mereka sebenarnya bukanlah untuk islam tetapi untuk kepentingan politik duniawi semata mata.

Sekarang terpulang pada korang untuk terus mengundi orang yang munafik seperti puak PAS atau tidak. Allah s.w.t dah tunjuk kebenaran. Nak terima atau tidak, terpulanglah pada korang.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: