"Keluarga allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamad menimbang untuk membuat laporan polis berhubung satu dakwaan yang disiarkan dalam satu blog pro-Umno bahawa allahyarham antara lainnya mempunyai seorang perempuan simpanan.
Blog berkenaan juga mendakwa bahawa allahyarham bukanlah seorang yang bersih, kata seorang anggota keluarga itu, Makhtar Mansor yang menafikan dakwaan tersebut.
Katanya, beliau akan membuat laporan kepada SPRM kerana dakwaan tersebut turut melibatkan bahan bukti yang didakwanya diambil daripada siasatan badan itu ke atas kes melibatkan allahyarham.
Bercakap dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Makhtar mendakwa, tulisan dalam blog tersebut turut menyertakan foto yang didakwa sebagai perempuan simpanan berkenaan. - MalaysiaKini
Pertama sekali Gomo nak kata pada keluarga arwah Sarbani yang begitu bodoh lagi bangang apabila mengikut bontot pembangkang dalam isu ini. Kebodohan yang jelas ditunjukkan keluarga Arwah Sarbani dengan mempercayai kata kata pembangkang.
Kedua yang Gomo nak nyatakan adalah portal Malaysiakini semakin bingai tahap pemikiran editornya kerana semakin kerap mengeluarkan artikel bodoh yang mana tidak disiasat secara terperinci sebelum mengeluarkan artikel.
Isu keluarga Sarbani yang mengatakan Gomo mengeluarkan artikel mahupun gambar adalah satu Fitnah semata mata kerana setakat ini Blogg Papa Gomo tidak pernah mengeluarkan artikel berkaitan Sarbani yang mati Bunuh diri apabila disoal siasat SPRM kerana Rasuah.
Baca selanjutnya pada Gomo.
Manusia bila dendam dan kebencian ditanam dalam diri akhirnya akal fikiran yang waras sudah tidak lagi berfungsi. Apabila terlalu mengikut perasaan dan hasutan orang, maruah diri akan tergadai. Buat keluarga arwah Sarbani, berfikirlah dengan waras.
Semua yang berlaku adalah ketentuanNya. Jangan jadikan diri sebagai mangsa politik rakus pihak tertentu. Cuba fikir sejenak, adakah selama hayat arwah Sarbani, pernahkah mana mana ahli politk pembangkang ini memberi bantuan kepada kamu sekeluarga? Pernahkah ahli ahli politik ini datang bertanya khabar? Mengapa hanya selepas kematian arwah Sarbani, barulah mereka terhegeh hegeh datang menunjukkan simpati?
Cuba bertanya menggunakan akal yang waras, sekiranya arwah Sarbani tidak meninggal dunia, adakah orang politik ini akan datang menghulurkan apa apa bantuan atau salam perkenalan? Sudah semestinya tidak. Malah aku yakin semasa arwah Sarbani masih hidup, orang politik ini langsung tidak mengenali siapa arwah.
Orang politik ni sentiasa mencari peluang untuk menonjolkan diri. Walau kematian seekor ayam sekalipun, sekiranya boleh dijadikan modal politik, mereka akan gunakannya. Sebab tu janganlah jadi bodoh mengikut telunjuk orang politik ni.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment