Geng Bas Sekolah

October 18, 2011

Kerja Gila


Pertemuan blog ini dengan beberapa orang Pegawai Kanan Bank Rakyat baru-baru ini rupanya membawa banyak ‘barah’ dalam Bank tersebut. Bank Rakyat memang nampak gah dan mahsyur – mencatatkan keuntungan yang membanggakan saban tahun; namun rupa-rupanya ada cerita kurang enak di sebalik prestasi Bank Rakyat.

Kalangan pegawai kanan Bank Rakyat sendiri tidak boleh menerima betapa amalan korupsi dan penting diri di kalangan ‘Board of Directors’ (BoD) menjadi sangat kronik dan melampau. Tuntutan perbelanjaan yang luar biasa. Ada juga ketika, seorang wakil Kementerian Kewangan di dalam BoD – menuntut segala macam kemudahan luar biasa sebagai meraikan persaraannya. Apakah mereka ini fikir, ini syarikat keluarga mereka?

Pegawai Kementerian Kewangan yang dihantar ke GLCs sepatutnya TIDAK MENJADI agen rasuah dan menyenangkan diri sendiri. Tidak perlu merengek dan meminta-minta PERCUTIAN KELUARGA ke EROPAH, tinggal di hotel yang mewah, siap dengan chaffeur dan sebagainya. Apa tugas hakiki anda? Tugas hakiki anda adalah menjaga kepentingan KERAJAAN di dalam GLCs dan tidak hanya menjadi kalangan YES-MAN dan mereka yang menuntut segala macam benda daripada pihak GLCs.

SPRM perlu melihat semula segala laporan audit di dalam Bank Rakyat yang dirasakan sangat-sangat mencurigakan. Banyak ‘expenses’ luar jangka yang menjaga kepentingan orang dan individu tertentu. Itu belum cerita Pak Menteri yang meletakkan anak sendiri sebagai DUTA BANK RAKYAT – tetapi sangat sukar hadir di dalam event yang dianjurkan oleh Bank Rakyat sendiri! Apakah tidak ada conflict of interest bila Pak Menteri meletakkan anak sendiri sebagai DUTA?

Baca Sini selanjutnya


Anak Menteri dalam bank? Siapa menteri terbabit? Kalau nak tahu korang klik jelah link kat atas tu. Aku no komen hehehehe.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: