Geng Bas Sekolah

October 18, 2011

PAS Anti Islam !


PAS memang tidak berminat untuk membela orang islam. Kami ingin berkongsi masalah penduduk Islam Sek 19 yang terpaksa berdepan masalah kuil Hindu.

Walaupun rumah Naib presiden PAS tidak jauh dari kuil itu tetapi tidak ada usaha pemimpin itu untuk menyelesaikan masalah dihadapi jiran - jiran berhampiran kuil itu.

Pihak kuil mendapat sokongan padu pemimpin dan komuniti mereka sebab itu mereka berani dan bersatu. Wakil Rakyat Islam terlalu menjaga hati puak kafir tanpa peduli kesan yang dihadapi penduduk Islam.

Ramai yang tidak tahu masalah sebenar isu kuil di Sek 19 dan Sek 23 jadi panas pada tahun 2009. Penduduk dijanjikan PKNS kuil lama di Sek 19 akan pindah sebab disitu tapak rumah 16 unit.

Tahun 1988 kuil itu kecil digunakan penduduk setinggan. Selepas tahun 2000 ramai penduduk India dari kawasan baru dibuka diSek 20 datang kekuil itu. Semua setinggan dipindahkan tahun 2005.

Pada 2006 kuil semakin aktif selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan. Makin banyak aduan dibuat kuil makin besar tanpa kelulusan PBT.

Bila buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguat kuasa beredar ubahsuai disambung lagi. Pada 28/07/2006 penduduk minta campur tangan Sultan Selangor. Dua papan tanda dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa”.

Realitinya tanah itu terus diceroboh. Julai 2007 aduan kepada BPR dan Biro pengaduan Awam JPM kerana kuil telah dibesarkan menjadi 5 bilik.

Pada 29/12/2007 BN luluskan kuil pindah ke Sek 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan dengan alasan tapak itu jauh kedalam.

Usaha penduduk bertahun-tahun minta kuil pindah jadi sia-sia. Kemelut dihadapi penduduk bertambah sukar. Pada April 2008 pihak kuil gantung bendera PAS dan PKR dipapan tanda PKNS, mereka kata dua parti sokong kuil tak payah pindah.

Baca selanjutnya kat Semut


Satu perangai pelik puak PAS ni, mereka suka kata mereka berjuang untuk islam. Tapi perbuatan mereka jauh bercanggah dengan ajaran islam. Sebagai contoh, mereka langsung tidak berminat hendak membantu umat islam yang tertindas apatahlagi memelihara kesucian agama islam.

Dalam isu kuil hindu, mereka kata mereka pejuang islam. Tapi dari segi tindakan mereka seolah olah pejuang hindu. Kalau betullah pejuang islam, kenapa tak sokong kuil hindu tu dipindahkan sebaliknya sokong kuil hindu dikekalkan di kawasan orang islam.

Sama juga dengan kes gereja DUMC. Tak kiralah ada bukti atau tidak usaha murtad yang dibuat oleh pihak kristian, tapi kalau dah mengaku islam, kenalah sokong siasatan JAIS. Ini tidak. Lagi nak sokong kristian. Usaha JAIS nak siasat dihina oleh puak PAS.

Pejuang islam apa macam ni. Sokong agama lain lebih daripada memelihara agama islam. Lepas tu ada hati mengaku diri tu lebih baik daripada umat islam lain pulak. Munafik sungguh puak PAS ni.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

PERJUANGAN PASRAEL SKANG NAK ANGKAT AGAMA LAIN SETARAF AGAMA ISLAM BROO. JADI DIORANG BLEY LA PILIH NK MASUK SYURGA MANE SATU YANG BERKENAN DI HATI TANPA RAGU2 KEHKEHKEHKEH