Geng Bas Sekolah

October 19, 2011

RM 4 Ringgit Boleh Makan Nasi Berlauk Ayam ?


Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengiringi Perdana Menteri, berkata, kunjungan Najib ke premis itu adalah untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang dijual kepada rakyat pada harga RM4 untuk makanan tengah hari dan RM2 untuk sarapan.

"Perdana Menteri datang semata-mata untuk makan. Beliau nak rasa sendiri makanan yang dimakan oleh rakyat," katanya kepada pemberita.

Ismail Sabri berkata kunjungan Najib juga membuktikan bahawa persepsi sesetengah pihak kononnya menu murah di premis atau restoran yang menyertai program anjuran kementerian itu tidak berkuliti, adalah tidak benar.

Katanya, kualiti makanan yang dijual di premis atau restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia adalah sama seperti makanan yang dijual di tempat lain dan kementerian sentiasa turun padang memantau keadaan agar aspek kualiti tidak diambil mudah.


Betul dengan harga 4 ringgit, kita boleh makan nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom. Tak silap aku menu 4 ringgit tu nasi, telur goreng dan sayur saja.

Tapi entahlah. Sebab DS Najib PM, dia nak makan 1 kedai dengan harga RM4 ringgitpun boleh. Tapi cuba kita orang biasa ni dapat ke dengan RM 4 ringgit lepas tu makan ayam? Rasa tidak kot.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: