Geng Bas Sekolah

October 25, 2011

Kerajaan Rejim DAP Dimalukan Orang P.Pinang


Sebuah kenderaan rasmi milik kerajaan DAP Pulau Pinang yang diletakkan sesuka hati di tepi jalan berhadapan Dewan Undangan Negeri (DUN), Lebuh Light di sini dirantai oleh orang ramai yang berang kerana menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi bertindak sedemikian selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Menurut Yeow Hooi, tindakan tersebut adalah sebagai pengajaran kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

"Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai isu ini. Jika orang awam yang melakukan kesalahan serupa, sudah pasti kenderaan mereka disita dan dikompaun.

"Ini tidak adil kepada rakyat. Maka saya hari ini mewakili penduduk negeri ini mengunci kereta kerajaan negeri demi menuntut keadilan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kereta terbabit bernombor plat PKC 3244 tertulis perkataan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


Padan muka. Berlagak sangat cina DAP ni. Dia suruh orang ikut peraturan tapi dia sendiri langgar peraturan. Biadap! Nasib baiklah orang melayu P.Pinang ni jenis slow sikit. Tak banyak bunyi. Kalau tak, dah lama kereta rejim DAP ni kena bakar.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

orang macam Mr Liew patut di sokong sebab berani buat kerana kebenaran.