Geng Bas Sekolah

September 8, 2011

Shawl Hana Tajima - PKR Pahang Dibubarkan


Ahli Jawatankuasa, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota hari ini sebulat suara membuat keputusan untuk meletakkan jawatan masing-masing beramai-ramai dalam masa terdekat, akibat kecewa dengan keputusan mesyuarat Biro Politik parti itu semalam.

Menurut sumber, mereka terkilan kerana keputusan pihak terbabit yang membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan semula mana-mana cabang yang mempunyai kurang daripada 30% ahli jawatankuasa yang aktif.

Berikutan keputusan tersebut, pemilihan semula bagi jawatan Ketua dan Timbalan Ketua dicabang itu yang dijadualkan pada bulan Oktober ini secara automatiknya terbatal.

"Kami kecewa, kerana cabang Indera Mahkota kini tidak mempunyai Ketua dan Timbalan selepas YB Azan Ismail ke Trengganu dan Ibrahim Ishak keluar parti awal tahun ini. Hanya yang ada ialah Pemangku Ketua Cabang yang dipikul oleh Naib Ketua sekarang iaitu Lee Cheang Chung.


Akhirnya mengaku juga puak PKR Pahang bahawa sememangnya parti PKR ini tidak membawa manafaat kepada rakyat sebaliknya ianya membawa mudarat dan bala semata mata. Siapa tak kenal dengan makcik Fuziah atau lebih dikenali sebagai Fuziah Reaktor. Apa jasa yang dibuat oleh dia kepada rakyat Pahang? Hanya menyusahkan rakyat je dengan fitnah Lynass yang sengaja dia buat.

Sebelum inipun dah 300 orang ahli PKR dari Cabang Indera Mahkota keluar parti. Dan sekarang Ketua dan Timbalan Cabang Indera Mahkota pun dah melarikan diri. Kalau dah Ketua dan Timbalan lari, memang betullah yang PKR ni parti yang tak boleh dipercayai. Rakyat Pahang sendiripun dah lama menunggu PKR Pahang dibubarkan.

Support Hana Tajima klik sini

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: