Geng Bas Sekolah

September 9, 2011

Pengguna Telco Dikenakan Caj 6%

Aku baru dapat tahu benda ini dari kawan aku yang bekerja disebuah kedai telekomunikasi. Dia kata mulai 15 haribulan, semua topop akan dicajkan 6% mengikut apa yang dibentangkan diPembentangan Bajet 2011 yang lalu.



Mungkin pada orang lain, isu ini remeh tetapi bagi golongan berpendapatan rendah, caj ini sedikit sebanyak membebankan. Sekiranya 6% caj dikenakan di restoran restoran mahal, aku rasa rakyat tidak akan mempersoalkan kerana majoriti rakyat terutama masyarakat luar bandar sememangnya jarang atau tidak pernah makan di restoran restoran mahal.

Tetapi jika topop dikenakan caj 6% maka ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi rakyat. Majoriti rakyat menggunakan prepaid berbanding postpaid yang lebih mahal. Aku harap Kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan ini. Disaat Kerajaan mahu menarik sokongan rakyat, jangan isu sekecil ini boleh menjadi barah dan seterusnya melunturkan sokongan rakyat terhadap Kerajaan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

Tieah Madian said...

Aku sokong.. Teruklah PRU akan datang kalo isu ini tak leh nak tangani.. Isu Astro pun tak habis lagi..

Entry Terbaru : Topup Dan Pek Sim Baru Naik Harga

Dot said...

jgn nak melenting tak tentu arah. baca & fikirkan. kalau aku tak betul, cakap di mana tak betulnya, ok?

astro tu tak payah langganla kalu miskin! aku tak langgan astro dah dua tahun..tak perlu pun krn dlm internet semuanya ada..langgan je internet..bapak astro pun boleh dapat!! murah lagi berkesan! nakkan jawapan dlm persoalan agama jom tengok baba ali@halfourdeen.com... best wooo!

masalah ibubapa & anak2 zaman sekarang ni...

prepaid boleh beli, yuran sekolah nak free. mana lebih penting? ilmu @ hiburan melulu?

pakai prepaid utk berborak lebih dari kerja sebenar!

pakai prepaid utk langgan video mms porno!

pakai prepaid utk hantar sms berantai yg ntah apa2!

pakai prepaid duit makbapak bagi utk berbual kosong & sms hampeh!

lagi teruk dpt prepaid kalau girlfriend/boyfriend/kekasih gelap/mat afrika sara dgn gadaikan maruah utk berbalas sms lucah luar batasan agama! haram betul!!

handphone takyah ceritala..semuanya serba canggih! terbaru & mahal2 belaka...nak beli buku2 pelajaran berkira nak mampus! nak hantar anak tusyenpun berkira2 mcm kera jugak!

mcm2 orang malaysia ni terutamanya melayu yg berbudayakan hedonisme ni!!!

PERHATIAN: sesiapa yg ikhlas guna prepaid utk betul2 hubungi ibubapa & demi kerjaya, InsyaAllah, anda tak perlu melenting! anda ikhlas, Allah pun sayang! 6% tu tak jadi kudis punyala...duduk di dunia ni mana ada benda free selalu? sedangkan zakat pun Allah wajibkan utk kebajikan orang yg memerlukan inikan pulak cukai yg kerajaan kembalikan kpd rakyat jua akhirnya dlm bentuk kemajuan berbagai!! jgn kata tak dak guna ya? jalanraya, hospital, sekolah, masjid2 & serba serbi kemajuan yg beribu2 jenis , itu ini utk kegunaan kita semuanya dari cukai yg kita bayar apa? jgn nafikan semua tu & jgn mengada2 nak ikut telunjuk pembangkang yg hanya pandai berceramah merapu tp tak buat apa satu pun utk negara!! menjahanamkan lagi keharmonian kita ada laa...

jgn marah aku membebel sbb kebanyakan yg aku cakap ni memang betul & tepat!! pandai2la menilai baik buruknya!

tak payahla bising2 jika kita orang beriman! kalau betul2 susah, bawak2la berbelanja cara berhemah. kalau benar2 miskin anda layak dapat bantuan kebajikan masyarakat...aku pun baru saja mengalami kecurian..smuanya lesap. duit, laptop, barang2 kemas, camera & barang2 berharga lain. ingat nak mintak gantirugi dgn kerajaan krn gagal menjaga kebajikan aku tp bila fikir2 balik..gila apa? kita yg lalai nak suruh kerajaan bertanggungjawab! ha ha...jangan mare haa!!
trimakasih!

Jeepers Creepers said...

bohmau: betul tu tapi kalau anda belikan prepaid saya tak apa juga.boleh ke belikan untuk saya :)