Geng Bas Sekolah

September 15, 2011

Nik Aziz Anti Islam?

Golongan yang menolak perpaduan termasuk mereka yang mengaku alim perlu ditentang kerana tindakan tersebut amat jelas berlawanan dengan al-Quran dan hadis yang menyuruh umat Islam bersatu-padu.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, bagi mereka yang arif dalam agama tetapi menolak perpaduan, pendirian tersebut jelas bukan disandarkan kepada ajaran Islam sebenar, sebaliknya hanya sekadar pendapat peribadi.

Ini kerana, menurutnya, Islam tidak pernah menyuruh umatnya berpecah-belah, sebaliknya umatnya diperintahkan supaya bersatu-padu seperti yang dinyatakan menerusi al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, umat Islam harus sedar tanpa perpaduan ia akan memudahkan tugas musuh-musuh Islam yang selama ini sentiasa berusaha memecah-belahkan lagi masyarakat supaya negara akhirnya menjadi porak-peranda.

"Ingat, di luar sana terdapat musuh-musuh Islam yang terdiri daripada golongan kafir musyrik serta fahaman tertentu seperti Syiah yang sentiasa menunggu peluang untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam.

"Oleh itu, saya amat mengharapkan umat Islam di Malaysia mengekalkan perpaduan tanpa mengira mazhab mahu pun pendirian politik agar negara ini terselamat daripada sebarang bencana serta mala petaka akibat perpecahan," katanya kepada Utusan Malaysia di Bangi, hari ini.

Sheikh Sulaiman juga adalah pensyarah di Universiti Ummul Qura, Mekah selain memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Pentadbiran Pejabat Dakwah dan Kesedaran Islam di Mekah.

Beliau merupakan pakar dalam fahaman Syiah dan bidang kajiannya ketika mengambil sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) juga berkaitan dengan fahaman itu. Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu berada di negara ini sejak Jumaat lalu sempena lawatan peribadi beliau selama lapan hari.

Menurut Sheikh Sulaiman, golongan menolak perpaduan akan menerima hukuman berat yang bukan sahaja ditanggung oleh mereka, malah pengikut sehingga hari kiamat kerana menentang arahan Allah.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, setiap umat Islam di Malaysia secara umumnya wajib mempertahankan negara ini daripada sebarang anasir yang cuba merosakkan keamanan dan keharmoniannya. Katanya, bagi golongan seperti pemimpin politik, ulama, media, golongan profesional serta mana-mana pihak berpengaruh dalam masyarakat pula, hukumnya adalah fardu ain.

"Secara peribadi, saya gembira melihat suasana Islam di Malaysia. Di negara ini terdapat organisasi berteraskan Islam seperti Lembaga Tabung Haji dan begitu juga dengan pelaksanaan sistem kewangan Islam. Syariat Islam juga berkembang dengan baik. Universiti-universiti berteraskan Islam juga wujud di negara ini. Selain itu, sistem pembelajaran Islam di Malaysia juga boleh dianggap maju ke hadapan. Di sini juga tidak kurang banyaknya buku-buku yang membicarakan tentang Islam," katanya. - Utusan Malaysia


Kena lagi puak PAS ni. Lepas ni nak cakap UMNO upah Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi pulak ke?Kalau puak PAS masih tak sedarkan diri akupun tak tahulah nak cakap apa dah. Perjuangan PAS dah jauh melencong daripada islam. Bukan salah UMNO tapi salah diri sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

4 comments:

Anonymous said...

terasa malunya saya pada pandangan orang luar malaysia pasal perpaduan. jadi sahlah PAS mengamalkan politik Islam saja dan segala tafsiran yang di buat selama ini bertunjangkan kepentingan politik aja. kemana nak di bawa akidah pengikut2 PAS ini, islam politik atau islam sebenar yang berpandu quran dan hadis

Anonymous said...

KAUM KERABAT DEWA2 PASRAEL BIKIN HUKUM HAKAM & FATWA IKUT SDAP MULUT JEK BROO..JANJI DEEAYYPIG BLEH PAKAI IKUT CITARASA DIA KEHKEHKEH

Jeepers Creepers said...

anon: pas ni hanya tahu bercakap..tengok sendiri di Kelantan adakah nik aziz mampu membawa kebaikan kepada rakyat kelantan?

kita hidup bukan dengan mendengar ceramah semata mata. kalau begitu buat apa Allah s.w.t menyuruh kita bekerja bersungguh sungguh mencari nafkah.

pas menggunakan ayat al quran dan hadis untuk menyokong mereka. ayat yang tak memihak kepada mereka, mereka akan sembunyikan.

Jeepers Creepers said...

jeff: tau xpe hehehe