Geng Bas Sekolah

September 15, 2011

Peniaga Cina Dah Kepanasan


PETANG semalam, sebuah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibuka di tingkat bawah atau Aras G di bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Presint 2, Putrajaya.

Tiga kali Syabas! diucapkan kepada kementerian yang terajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu. Kedai berkenaan adalah yang keempat dibuka selepas projek perintis model KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya pada 22 Jun lalu, diikuti Bandar Tun Razak (21 Ogos) dan Pantai Dalam (26 Ogos).

Kita semua yang tinggal di ibu kota atau Lembah Klang maklum bahawa di lokasi- lokasi berkenaanlah, kemiskinan bandar seringkali menjadi warna-warna hitam di ibu kota. Kehidupan menghimpit dengan kadar gaji yang rendah acap kali membataskan perbelanjaan menyara hidup terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah. Malah, bukan golongan itu sahaja, mereka di peringkat pertengahan pun serupa nasibnya.

Cuma baru kedai keempat dibuka, sudah timbul pula bunyi bising mempersoalkan KR1M ini. Ia dipertikaikan Isnin lalu oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Liong Group, Tan Sri William Cheng. Dakwanya, langkah itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM).

Malah, seperti kenyataan Cheng yang ibarat ‘besi waja’, beliau dengan lantang pula menggesa kerajaan untuk berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.

Hakikatnya, ada kekeliruan dan salah faham yang perlu diperjelaskan dalam isu pewujudan KR1M.

KR1M sebenarnya menjadi medium kepada kerajaan untuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang telah lama didominasi oleh pengilang-pengilang multinasional. Atas sebab itu, syarikat multinasional tersebut tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.

KR1M diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia atas keprihatinan beliau terhadap golongan penduduk berpendapatan rendah di kawasan bandar. Idea itu juga selari dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ yang telah diperkenalkan oleh beliau sendiri.- Utusan Malaysia


Lebih banyak KR1M dibuka, lebih banyak peniaga cina yang selama ini membolot kekayaan akan merasa kepanasan. Aku harap lebih banyak KR1M dibuka selepas ini. KR1M bukan sahaja menawarkan harga barangan lebih murah malah ianya turut membantu IKS bumiputera.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

5 comments:

Anonymous said...

Kenapa Kedai 1malaysia jadi kecoh pulak. biarla rakyat yang pilih nak beli kat maner. kalau pasaraya yng besar besar tu berlambak...tak kecoh pulak....ni untuk golongan yang miskin dan pertengahan....orang kaya tu beli barang kat kedai runcit ker....jadi tak payah layan lar orang-orang yg bising tu....percayalah...kaum dia pun suka beli barang murah....

Anonymous said...

kami penduduk-penduduk di Sarawak dan Sabah memang mengharap dan mengalukan-ngalukan sangat jika kedai rakyat 1 Malaysia dibuka di kedua-dua negeri ini. Di negeri-negeri ini memang tertekan dengan kenaikkan harga barang sekarang ini.

Anonymous said...

Isu kenaikan harga Ayam..

FAMA kena menandingi bekalan Ayam Peladang2 Cina yg mengambil kesempatan apabila HARI RAYA..


Tubuhkan FELDA yg membekal AYAM & LEMBU untuk langkah jangka panjang..& jgn benarkan Pencacai2 pembolot menyertai nya.

Jeepers Creepers said...

anon: peniaga cina ni saja je.dorang mana boleh tengok bangsa lain berniaga maju.

anon2: sayapun tunggu juga KR1M di tempat saya huhuhu

anon3: betul tinakan ini. Kerajaan kena buat satu agensi yang mengeluarkan ayam dan daging.

Anonymous said...

dah tepat masanya.. bukan setakat barang kepelruan runcit & makanan saja yang patut di buat begini. bahan lain pun termasuk komoditi, barang binaan, kereta impot dan lain2 lagi.

selama ni kaum capitalisma cina yang megah mencerut leher pekerja dan rakyat marhaen macam kita ni dari wang hasil titik peluh kita untuk membeli barang2 ini. mereka bertambah kaya & rakyat bertambah susah. sampaikan mereka utuh memonopoli ekonomi negara dan bermain melalui politik unutk menperkecilkan kaum lain di malaysia. ditambah ahli politik mereka menunding jari kearah pemimpin kerajaan apabila penindasan ini berlaku tanpa berhati perut langsung.. walaupun kerajaan telah mengambil langkah2 proaktif untuk menangani penindasan ekoniomi ini mereka tetap mencari jalan dan cara untuk menggagalkan usaha kerajaan...

sudah tiba masa nya untuk mengubah ekonomi negara supaya lebih terartur..