Geng Bas Sekolah

September 14, 2011

Hak Istimewa Pegawai Kerajaan

Pembelian Telefon Bimbit.
a. Peraturan kerajaan negeri menetapkan kelayakan/gred untuk pembelian telefon bimbit seperti dibawah
Pegawai

Kadar termasuk aksesori
Turus III dan keatas/setaraf serta Ketua Setiausaha Kementerian

2,500
Gred Utama/Khas C hingga A dan setaraf

2,000
Gred 53 dan 54

1,000
Gred 41 hingga 52

750
Juruiring/Pengiring Rapat/Pegawai peribadi dan pemandu kereta rasmi jabatan

375

Pengurusan YS telah membelanjakan sebanyak RM 12,500 untuk membeli 4 buah telefon bimbit untuk kegunaan 3 orang pegawai.Kadar yang dibeli tidak berpandukan kepada kadar yang diguna pakai oleh kerajaan. Pengurus Besar diberi 2 telefon bimbit . Jadual pembelian seperti berikut.


Ini adalah sedikit fakta penyelewengan kerajaan Khalid GapGap. Aku tak minat nak cerita pasal isu ini sebab ianya lebih afdal diserahkan kepada blogger Selangor sendiri. Yang aku nak tahu adalah adakah benar pegawai Kerajaan diberikan telefon bimbit?

Sorry aku memang tak tahu apa apa pasal hak istimewa yang diberi kepada para pegawai kerajaan ni. Tapi bagi aku sekiranya ianya benar, adalah lebih baik ianya dimansuhkan sahaja. Membazirkan wang rakyat sahaja sekiranya para pegawai ini diberikan telefon bimbit kerana mereka bukan tidak mampu membelinya sendiri.

Kadang kadang banyak keistimewaan yang diterima oleh para pegawai kerajaan ini boleh dikatakan membazirkan wang rakyat. Aku harap Kerajaan mengamalkan sikap lebih berhemah didalam membelanjakan wang rakyat selepas ini. Mansuhkan sahaja apa apa hak istimewa yang sememangnya tidak diperlukan oleh para pegawai ini.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: