Geng Bas Sekolah

September 9, 2011

Kerajaan Bakal Tumbang Disebabkan Prepaid !


Persatuan-persatuan pengguna, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar hari ini senada membantah pengenalan enam peratus cukai perkhidmatan bagi pembelian tambah nilai prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman berkata, cukai itu dilihat membebankan pengguna apatah lagi caj panggilan yang dikenakan ketika ini sudah mahal.

“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat-syarikat telekomunikasi berhubung pengenalan cukai enam peratus itu termasuk pek atau kad SIM prabayar yang berkuatkuasa 15 September ini.


Mengulas lanjut, Maamor berkata,selama ini syarikat-syarikat telekomunikasi di negara ini sentiasa mencatatkan keuntungan yang tinggi. Sementara itu, Persatuan Pengguna Subang Jaya dan Shah Alam (Cassa) meminta kerajaan membekukan perlaksanaan langkah itu.

Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, pengenalan cukai itu tidak releven dengan situasi ekonomi semasa yang menyaksikan rakyat berpendapatan rendah masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan kos barangan yang lain.

“Kami sangat dukacita kerana industri itu hanya melihat dari satu pandangan sahaja iaitu meningkat keuntungan mereka tanpa mempedulikan nasib pengguna.

Baca selanjutnya disini


Aku harap Kerajaan dapat pertimbangkan idea bodoh ni. Jangan disebabkan kemaruk dengan janji manis syarikat telco, Kerajaan bakal ditumbangkan oleh rakyat. Nanti buat malu je pada masyarakat dunia bila keluar berita Kerajaan Malaysia ditumbangkan rakyat gara gara caj prepaid 6%.

Sekarang ni bukan lagi zaman Kerajaan mengawal rakyat sebaliknya ini adalah zaman rakyat mengawal Kerajaan.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

3 comments:

usin said...

AKU TULIS DGN HURUF BESAR SEBAB DH MULA MARAH DAN MELUAT DGN KERAJAAN YG SENTIASA CARI NAHAS. NK BAGI TAU KERAJAAN BAHAWA PREPAID TU PELANGGAN BAYAR DULU. DUIT DH SAMPAI PD TELCO SEDANGKAN PENGGUNAAN BELUM TENTU BILA. BILA 'AIRTIME' TAMAT, KREDIT YG DH DIBAYAR TU TAK JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEHINGGA 'TOP UP' BARU. BAYAR LG. DUIT DH 'TERBANG' DULU SEBELUM PAKAI SERVIS, KENAPA PERLU DICUKAI? KALAU NK CUKAI, CUKAI LA TELCO SBB TELCO DH PEGANG DUIT PELANGGAN SEBELUM BERI SERVIS!!! PAK MENTERI LUPA GUNA OTAK KT KEPALA KE? JGN BAGI RAKYAT BENGANG, NK KENA UNDI PROTES MCM PRU12 KE? DH BOSAN JD KERAJAAN CAKAP JE LA.......

Tieah Madian said...

Betul!!! Dulu zaman internet takde mungkin rakyat boleh terima BN.. Tapi sekarang internet dah macam2 benda boleh diakses.. Antara benar atau tidak.. Tapi kepada individu yang percaya cakap pembangkang akan ikut jelah.. Kalau fikir positif, memang tak boleh lari dengan cukai tapi cukai itu bukan kita yang patut tanggung!!! Please lah kerajaan.. Jangan jadi keldai jugak.. Nanti dah tumbang, baru nak sedar..

Entry Terbaru : Topup Dan Pek Sim Baru Naik Harga

Jeepers Creepers said...

Usin / Tieah :

Betul tu.kalau kerajaan nak kenakan cukai, jangan dikenakan kepada barangan atau servis yang asas. prepaid ini dah kira servis asas untuk rakyat Malaysia kerana boleh dikatakan semua orang memiliki telefon bimbit.

kadang kadang orang yang buat idea ni kepala tak betul.sapalah punya kerja ni. Idris Jala ke?