Geng Bas Sekolah

September 9, 2011

Tuan Ibrahim Mencari Populariti


Wah!!! Lain macam betul cara Ketua Penerangan PAS Pusat ni nak menuntut Kemerdekaan ye? Sampai nak diangkat senjata dulu baru boleh merdeka ye?

Kata PAk Berahim, UMNO hanya ambik kesempatan mengambil nama diperingkat akhir dalam menuntut Kemerdekaan.
“Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini. 
Woi Pak Berahim!!! Islam ada ajar ke tuntut satu - satu perkara dengan cara kekerasan dan kekejaman? Islam mana dia belajar ni?

Kalau baca dalam sirah Rasulullah dan para sahabat dulu pun, cara mereka nak memerdekakan satu - satu kawasan tu bukan melalui kekerasan.

Semuanya dilakukan dengan cara rundingan terlebih dahulu. Bila semua rundingan ditolak, maka barulah peperangan diistiharkan.

Itu pun bukan Islam yang istiharkan perang. Tetapi pihak musuh Islam yang istiharkan perang.  Dalam rundingan tu, puak Islam akan bagi 3 syarat untuk dipilih oleh musuh:

1. Sama ada pihak musuh menerima Islam dan menikmati apa yang diperolehi oleh orang Islam secara sama rata. atau,

2. Bayar jizyah yakni cukai kepada Kerajaan Islam. Mereka yang bukan Islam dibenarkan meneruskan agama masing - masing. atau,

3. Baru berperang.

Jadi, sejarah Islam mana yang tuntut kemerdekaan melalui peperangan ni sebenarnya? Semuanya melalui perundingan.




Sejak akhir akhir ni aku lihat Tuan Ibrahim ni berusaha bersungguh sungguh membantu Mat Sabu yang dah semput diasak dengan kes komunis. Padahal pemimpin PAS lain mengambil keputusan mendiamkan diri je. Kenapa ni pakcik? Nak cari political milage yek? Maklumlah PAS Pahang sekarangpun dah lesu sekarang ni kan. 

Kalau nak tonjolkan diripun agak agaklah. Pilihlah isu yang betul. Jangan main terkam je. Nanti jatuh tersungkur susah pula. Tengok Mat Sabu sekarang, sudah jatuh tergolek sebab keceluparan mulut sendiri.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: