Semua pemimpin politik sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau pun pembangkang diingatkan agar tidak menentang dalam senyap atau menjadi gunting dalam lipatan berhubung pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, semua pemimpin politik sepatutnya memberi sokongan kepada Najib dalam merealisasikan perjuangan membawa perubahan kepada negara kerana pemansuhan ISA akan membawa manfaat kepada rakyat dalam jangka masa panjang.
"Saya yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri dan barisan kepimpinan di bawahnya berfikir secara mendalam dan rasional sebelum mengumumkan pemansuhan ISA dan Enakmen Darurat. Saya juga yakin beliau akan melakukan apa yang dijanjikan," katanya.
Kata kata PakLah membuatkan luka lama berdarah kembali. Tanggal 2008 menyaksikan negara hampir musnah apabila Kerajaan PakLah menaikkan harga minyak tanpa belas kasihan. Sehingga ramai rakyat Malaysia hampir hidup didalam kedaifan. Malah kerana PakLah jugalah, BN dan UMNO khususnya hampir hancur lebur semasa PRU 2008 yang lalu.
Jangan menjadi gunting dalam lipatan konon. Chiss!!! Sepatutnya kata kata itu dibisikkan ke telinga menantu PakLah sendiri. Bukan kepada kami rakyat Malaysia. Kami rakyat Malaysia akan sentiasa ingat zaman kegelapan yang hampir hampir meragut kebahagiaan kami.
Malah akan kami cipta sebuah hikayat yang dinamakan Hikayat PakLah Tingkat 4 supaya ianya menjadi pedoman kepada anak cucu kami kelak agar tidak tersalah jalan memilih pemimpin sehingga boleh menghancurkan negara tercinta ini.
Dalam diri ada cinta
Di dalam cintaku ada rindu
Dalam rindu ada sayang
Di dalam sayang ada hempedu
Dalam hatiku menangis
Luka lama berdarah kembali
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
10 comments:
betul tu..Pak Lah tak yahlah tunjuk pandai ..duduk je diam2 tak pun petang2 bawak cucu jln2 ..heeehee
Saya setuju dengan manbonda.
Paklah lebih baik dudok diam dan jangan komen apa-apa yang orang lain or PM buat. Kalau asyik nak menepek apa yang orang dah buat, takyahlah nak cuba nasihat orang macam ni macam tu.
islam dah lengkap, ditepek pula dengan hadhari. Dah berapa ramai orang bukan islam dah keliru - bagi kebanyakkan mereka ada satu lagi version islam , itu paklah punya version islam.
tak cukup dengan itu, istilah telus pula diperkenalkan.
kalau harimau dah dilepaskan dari kandang, tak payah nak ajar harimau itu macam mana nak cari mangsa. silap haribulan, harimau itu akan makan orang yang melepaskannya.
fikir fikir lah.
Ada ketika dalam umur kita, dudok diam adalah lebih baik dari menggaru kepala.
TUN DOL KENA LE SELAK2 BALIK PERISTIWA2 JAHANAM SEMASA DIA PGANG JAWATAN TU. JGN PANDAI NAK TUDING2 JARI HUHUHU
Saya di luar negara pada masa tu dan tidak mengikut perkembangan politik tanah air. Boleh bagi tahu atau bagi rujukan sesawang yang bole bantu saya mengetahui sebenarnya apa yang berlaku sehingga Pak Lah dibenci begitu sekali?
duduk diam2 aja dollah cakap kau tu tak ada isi..fakta pun tidak...kerana kau lah politik kini mcm rojak...kau tidur ja dollah Islam Hadhari kau kini d ganti 1 malaysia..semua slogan kami tak fahammm kami mcm burung kakak tua...tp undi kali No way untuk Umno..BN
manBonda / Anon: setuju dengan pendapat saudara
jeff: betul tu..tu menantu dia buat apa sekarang? akupun x paham dengan KJ sekarang..dah macam syok sendiri pulak hehehe
anon 7:43 : saudara boleh cari dalam google..Bab PakLah saudara boleh baca pendapat pro BN atau pro pembangkang...dalam isu PakLah kami sepakat tak setuju dengan dia.
anon: PakLah bab islam hadhari aku tak peduli sangat. Dia cuma terapkan nilai nilai murni.itu je..tapi sebab dia naikkan harga minyak dengan tak bersabar, tu pasal aku anti dia.
duduk surau jadi siak...doakan malaysia selamat setalh ISA dan 2 unadng 2 di Musnahkan...ini semua kau punya bebal Lah dollah
Post a Comment