BERLIN - Parti Lanun yang ditubuhkan pada 2006 dan mempunyai lebih 50 anggota menang 15 kerusi dalam pilihan raya Parlimen Berlin, lapor sebuah akhbar semalam.
Parti itu menang sembilan peratus daripada undi yang kebanyakannya daripada pengundi berusia di bawah 30-an.
Ia pada asalnya berkempen untuk perlindungan perkongsian fail dan data di Internet sebelum berkempen dalam isu pendidikan dan hak asasi manusia.
Selepas keputusan diumumkan, seorang anggota parti tersebut yang menjadi calon, Andreas Baum memberitahu stesen televisyen ZDF: "Kami mempunyai hak untuk bekerja."
Parti itu sebelum ini tidak pernah menenangi kerusi dalam pilihan raya parlimen di peringkat Persekutuan.
Pengerusi parti itu, Sebastian Nerz berkata, buat masa kini, anggota-anggota parti tersebut bekerja secara sukarela.
Menurutnya, parti tersebut mahu menjadi setelus-telusnya, berjuang menghapuskan paten dan mengehadkan kawalan hak cipta yang dimiliki oleh sesuatu pertubuhan.
Dalam pilihan raya itu, Parti Kristian Demokrat yang disertai pemimpin Jerman, Angela Merkel menduduki tempat kedua.
Parti Sosial Demokrat menduduki tempat pertama dalam pilihan raya itu. - Agensi
Ini satu berita baik buat golongan muda di Malaysia. Sudah tiba masanya Dinasaur Dinasaur yang ada kat negara ini dicabar oleh golongan muda. Kalau BN tak dapat memuaskan hati golongan muda, kita tubuhkan parti baru. Parti pembangkang? Huh lebih teruk dari BN hahahaha.
Kalau aku, aku nak mansuhkan cukai jalan dan JPJ. Tak payah nak sekat sekat mat rempit. Mansuhkan tol dan haramkan penjualan kereta. So takde dah pening pening kepala pikir pasal harga petrol hahahaha. Semua orang naik kenderaan awam, basikal atau motor je.
Kalau KJ berangan nak jadi PM sebelum usia 40 tahun, aku nak jadi PM sebelum usia 30 tahun. Ada sesaper nak sponsor aku tak buat parti politik baru hahahaha.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment