Geng Bas Sekolah

September 20, 2011

Amerika Tawarkan Penjara Guantanamo Kepada Malaysia


Amerika Syarikat (AS) sedia berkongsi pengalamannya dengan Malaysia dalam menggubal undang-undang berkaitan keganasan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.

Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Paul W. Jones berkata, ia bagaimanapun terpulang kepada negara ini untuk merangka undang-undang sendiri dalam melindungi keselamatan nasional.

"Kami sangat mengalu-alukan cadangan (pemansuhan ISA) yang diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperluas kebebasan awam di Malaysia.

"Kami akan mengikuti perkembangan ini sehingga ia dibawa ke Parlimen. Ini merupakan satu cabaran bagi semua negara, namun Najib telah menunjukkan komitmennya ke arah itu," katanya.


Negara sahabat pakcik Anwar nak tunjuk baik pulak hahahaha. Ada hati nak bantu Malaysia gubal undang undang berkaitan keganasan. Negara sendiri negara pengganas, ada hati nak bagi cadangan undang undang anti keganasan pada Malaysia.


Amerika lagi ganas sampaikan main sumbat je orang dalam penjara Guantanamo sampai bertahun tahun lamanya. Pantang tengok orang islam, semua nak campak ke dalam tu. Patriot Act dia lagi zalim daripada ISA. Kalau Nik Aziz dan Lim Kit Siang jadi pembangkang kat Amerika, memang mati tak berkuburlah orang tua berdua ni jawapnya.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: