Geng Bas Sekolah

September 19, 2011

Celakonya Tut!!


Keghairahan pelumba haram di Melaka dan Negeri Sembilan mempamerkan kehandalan masing-masing terbantut apabila digempur polis dalam operasi besar-besaran selama dua hari pada kelmarin dan malam tadi.

Dalam operasi di Jalan Eye On Malaysia dan beberapa lokasi popular golongan itu di Melaka, kelmarin, sebanyak 22 buah motosikal dan sebuah kereta disita manakala 78 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Pegawai Operasi Unit Khas Cawangan Trafik Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd. Majit berkata, dalam operasi tersebut sebanyak 83 buah motosikal dan 18 buah kereta diperiksa bagi mencegah kegiatan lumba haram.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 22 motosikal disita kerana tiada cukai jalan, enjin diubah suai dan tidak memiliki lesen memandu manakala seorang penunggang ditahan kerana positif dadah.

“Sebuah kereta pula disita kerana tidak mempunyai cukai jalan manakala 17 lagi disaman atas pelbagai kesalahan jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut di Melaka, kelmarin.


CELAKO CELAKO CELAKO !!!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: