AWANG ucap tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melancarkan operasi membanteras pelumba haram di Melaka dan Negeri Sembilan.
Bagi Awang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak tegas terhadap ‘pelesit’ jalan raya ini yang mencabar undang-undang negara.
Tambahan pula tindakan mereka bukan sahaja menganggu ketenteraman malah mengancam nyawa pengguna jalan raya lain.
Malahan di Kuala Lumpur sendiri terdapat lebuh raya yang menjadi lokasi perlumbaan haram ini. Ia termasuklah di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Bharu.
Jika melalui kawasan itu terutamanya pada malam minggu ini, kita pasti akan menemui pelumba-pelumba haram sedang beraksi tanpa mempedulikan keselamatan orang lain.
Oleh itu Awang berpendapat adalah wajar jika operasi menggempur seperti mana dilakukan di kedua-dua negeri berkenaan diteruskan ke negeri-negeri lain pula.
Langkah seumpama itu penting kerana kita tidak mahu jalan raya menjadi gelanggang pelumba haram yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
CELAKO CELAKO CELAKO !!!
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
No comments:
Post a Comment