Geng Bas Sekolah

September 18, 2011

Rakyat Mahu Ulama, Bukan Politikus


Penarikan balik tauliah serta tauliah tidak disambung menyebabkan ramai pemimpin PAS di Selangor meroyan sakan. Itu belum lagi pemimpin-pemimpin PAS dari luar Selangor yang turut mencari makan di Selangor menerusi kelas-kelas agama dan tazkirah-tazkirah yang dibuat di masjid-masjid serta surau-surau negeri ini.

Sebenarnya penarikan balik tauliah dan tauliah tidak disambung telah dibuat beberapa kali. Walaupun sebelum ini yang terkena teruk tempiasnya adalah PAS, tetapi kali ini mereka yang terlebih lompat sebab menganggap apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, mereka bebas berbuat sekehendak hati seperti membenarkan Xaviear Jeyakumar, Teo Nie Ching, Teresa Kok dan Hannah Yeoh mencemarkan masjid dan surau sesuka hati dengan dalil serta hujah-hujah kaum ULARMAK PAS.

Maka berhujahlah sekalian pemimpin dan pencacai PAS kononnya, MAIS atau lebih tepat lagi DYMM Sultan Selangor enggan membenarkan syiar Islam berkembang di Selangor. Atau dalam bahasa lain yang lebih mudah, Majlis Agama Islam Selangor dan Sultan Selangor cuba menyekat dakwah Islamiyyah di Selangor.

Sudah tentulah orang yang paling kuat lompat adalah Khalid Samad yang tidak lama dahulu pernah dipertikaikan walaupun mengajar berdasarkan kitab memandangkan dia tidak mempunyai sebarang kemahiran mengajar agama sebaliknya hanya sekadar bersandar kepada jawatan dan kedudukannya dalam Parti Islam SeMalaysia.

Baca selanjutnya disini


Umat islam Malaysia sebenarnya sudah bosan dengan permainan politik PAS. Tak habis habis main wayang mengalahkan wayang TGV atau GSC. Lepas tu buat muka tak malu pau mintak duit orang ramai konon konon atas nama derma. Membuat drama murahan seolah olah semua pemimpin PAS adalah alim ulama padahal hanya seorang dua sahaja yang benar benar bertaraf ulama. Yang lain lain cuma membuat bisnes dengan menjual ceramah.

Umat islam sebenarnya langsung tak rugi dengan halangan ini malah ianya menyelamatkan umat islam daripada kesesatan yang dibawa oleh puak PAS. Puak PAS menganjurkan perpecahan umat Muhammad s.a.w, mengkafirkan umat Muhammad s.a.w dan menghalalkan orang nasrani menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam usaha murtad.

Sedangkan itu semua bukanlah yang diajarkan oleh Rasul kita Muhammad s.a.w kepada kita. Rasullulah s.a.w menpersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar sedangkan pemimpin PAS memecahbelahkan umat Muhammad s.a.w diatas nama politik. Rasullulah s.a.w tidak pernah mengkafirkan umatnya malah TIDAK PERNAH mendoakan kecelakaan buat umatnya. Sedangkan ada pemimpin PAS YANG MENDOAKAN kecelakaan keatas umat islam.

 Adakah orang yang mendoakan kecelakaan kepada umat islam hanya kerana berbeza idealogi politik boleh dipanggil ulama? Korang fikirlah sendiri

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

1 comment:

Anonymous said...

TAH DARI MANA AGAKNYA SI KAPIR KOMUNIS DPT 'PERMIT' CERAMAH DLM MESJID KALAU BKN DARI ULAR DLM SEMAK PASRAEL KEHKEHKEH