Kalau tak percaya apa yang saya tulis tentang Najib sebelum ni, nah, bacalah artikel Utusan mengenai kenyataan Najib semasa merasmikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu ( MTEM ) semalam. Maksud kau, Din ? Maksud saya tentang point utama Najib dan point-point sampingan bagi mengaburi mata orang Melayu terhadap point utama tadi..... Takper, kita layan dulu ucapan pemimpin Melayu Liberal ni -
"Inilah cabaran oleh orang Melayu pada abad ke-21. Sekiranya kita mahu orang Melayu yang bermaruah dan terhormat, kita tidak boleh berselindung tetapi kita perlu ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.
"Kerana kita ada kelebihan dan inilah ciri-ciri Melayu abad ke-21 iaitu Melayu yang berjaya yang bukan dilindungi kerajaan tetapi kerana ada kelebihan ilmu, kemahiran berfikir dan minda yang tajam,"
Amacam ? Kembang tak jubur korang baca ? Memang bagus kata-kata semangat pemimpin Liberal kita ni. Memang semuanya benda-benda positif yang seharusnya menjadi matlamat setiap orang Melayu. Usaha, Berkeyakinan Tinggi, Berdikari, Berilmu bla bla bla.
Point UTAMA Mat Liberal ni - Hapuskan KUOTA BUMI.
"Dalam kita memastikan kejayaan orang Melayu, kita tidak boleh mengambil hak kaum lain tetapi orang Melayu perlu menggunakan kuasa politik daripada kerajaan sedia ada."
Masa bila yang kita ambil Hak orang lain ? Sejak melahirkan hasrat mahu menghapuskan Kuota, beberapa kali dah Najib sebut, Jangan Ambil Hak Orang Lain . Apakah maksud Najib Kuota 30% Bumi itu bermaksud kita menafikan hak cina ?
Pro Najib Liberal dengan pantas akan cuba mempertahankan kata-kata Najib cuma saya nak peringatkan satu perkara, tahun lepas semasa ahLek mempertikaikan Hak Bumiputera termasuk Kuota, hampir semua orang Melayu bangun membantah dan mempertahankan Kuota itu.
Baca selanjutnya disini
Aku tak pandai ekonomi macam yang aku sebutkan pada entry lepas. Aku faham niat DS Najib nak orang melayu berdikari. Tapi ada pihak yang tak nampak atau buat buat tak nampak.
Akupun tak berapa faham cara yang DS Najib nak guna. Dan adakah DEB akan dihapuskan kerana mahu orang melayu berdikari?
Jadi aku harap adalah mana mana pihak yang boleh jelaskan. Dan jangan guna bahasa ekonomi yang terlalu kompleks sebab aku memang tak pandai dalam bab ekonomi hehehehe.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca
3 comments:
salam, blog anda da diapaut d blog saya.. so bolehla juga memautkan blog sya ni di bolg anda.. hehe.. cybertrooper t kasih
www.headbomb.blogspot.com
Kita hanya baca apa yg tersurat,kita tak di faham apa yg tersirat cuma jangan sampai MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI,jangan sampai orang melayu tingal cawat sahaja. dengan kuota yg di bagi kerajaan orang melayu masih tekapai kapai saaolah menumpang di negeri sendiri mungkin bila kuota di hapuskan melayu akan melarat di tanah air umpama katak dibawah tenpurung kaca hanya mampu memandang sekeliling.
SLM BRO..KLU MELAYU NAK JADI CINA BOLEH JEK. TP BKN BERMAKSUD NAK JADI KAFIR HARBI HEHEH. TAPI HARUS MENCONTOHI KEBIJAKSANAAN CARA DIORANG MEMANIPULASI KEADAAN DAN PERSEKITARAN EKONOMI. BUKAN JUGAK BERMAKSUD BERBUAT SESUATU KEJE HARAM MACAM JUAL CD CIPLAK YG KAYA BERJOTA2 TUH. JADI ORG MELAYU SENDRIK KENE PIKIR LAA HUHUHUHU
Post a Comment