Geng Bas Sekolah

October 1, 2011

Kuota Bumiputera Dipertahankan


Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan portal berita dan blog pro pembangkang bahawa beliau pernah menyebut untuk menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan.

Sambil menyifatkan portal dan blog itu tidak jelas dengan kenyataan beliau, Perdana Menteri menegaskan, apa yang disebut adalah peringatan kepada peniaga bumiputera supaya lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain.

''Dalam kata lain, ia akan menjadikan masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati.

''Tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan," katanya kepada pemberita selepas mepengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

Najib berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan portal pembangkang Malaysia Insider yang menyebut beliau membuat kenyataan akan menghapuskan kuota bumiputera dalam perniagaan satu hari nanti dalam satu sesi soal jawab pada majlis Forum Khazanah Megatrends 2011, Selasa lalu.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca

No comments: